Popular Post

Showing posts with label announcement. Show all posts

Pembaharuan yang baharu...

Assalamualaikum...


Setelah lama menyepi, tak elok jugak kalau takde bawak balik bende baru kan?hehe...So, sempena kembalinya aku berblog, walaupon hanya menghilang dalam seminggu lebih, aku present kat korang 2 blog baru aku dan design baru blog aku yang ni...


Blog baru aku yang pertama ialah Kei Seichi's Design




Blog ni aku buat khas untuk aku letakkan semua digital artwork aku yang tak seberapa dan juga blog rasmi untuk menerima tempahan header biasa mahupun flash..Mungkin akan ada bende2 lain jugak berkaitan artwork aku or mungkin artwork orang lain ke yang akan aku letak kat situ... Buat masa ni, kat blog tu hanya ade artwork aku dan tempahan header pada aku dengan partner aku...Sila la jenguk2 ye...boleh klik kat entry ni ataupon banner kat sidebar ataupon dekat menu tab kat atas tu...




Blog kedua aku pulak ialah Stardust Wardrobe



Blog yang ni pulak ialah online shop aku...Ade aku bagitau yang aku akan buka satu online shop kan? Ni la dia...hehe... Buat masa ni hanya ada beberapa pakaian lelaki dan akan update dari semasa ke semasa...Boleh la korang bagitau apa2 lagi item yang korang nak aku jual, insyaAllah aku akan cuba cari kalau takde dalam list... Boleh pergi kat blog ni dengan klik pada entry ni atau iklan pada sidebar atau klik pada menu tab kat belah atas sane...


Then pembaharuan lagi ialah design blog aku yang ni...Biasa2 je sebenarnye, takde sifat professional pon...cincai je aku buat..haha... Harap2 dapat feedback dari anda semua berkaitan dengan 2 blog aku tu dan jugak design baru blog ni...kot2 ade yang lambat loading ke, design tak cantik ke or ade pape yang tak sesuai dan sebagainye...Lame da tak berblogging ni..hehe...


So, mintak la feedback ye?



Senarai Pemenang Contest "Saya Nak Header Flash"

Assalamualaikum...


Akhirnya, saat yang ditunggu2 dah tiba..pengumuman Hari Raya,eh....pengumuman pemenang bagi contest yang aku jalankan tempoh hari iaitu Contest "Saya Nak Header Flash"

Contest dijalankan selama sebulan dan telah ditutup pada Jumaat yang lepas...Terima kasih yang tak terhingga pada yang menyertai dan pada yang tak sempat, mungkin lain kali...

Seramai 14 orang yang dah join contest ni dan pada peserta, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi join contest ni...


Berikut adalah senarai pemenang...disebabkan hanya ada 14 penyertaan, maka pihak penganjur telah berbesar hati ingin menghadiahkan semua peserta dengan hadiah yang dijanjikan...



SEMUA PESERTA ADALAH PEMENANG!



Para peserta boleh memilih samada nak header flash atau header biasa sebagai hadiah anda...

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda buat untuk claim hadiah ni...


  1. Add saya di Facebook --> Kei Seichi Facebook
  2. Mesej saya dengan detail mengenai header yang anda nak. Dari segi warna background, warna font, jenis font, ayat (nama blog, tagline, url), corak/tema, gambar yang nak diletak(sila sertakan sekali). Sila terangkan dengan sedetail yang boleh, kalau anda bagitau "asalkan comel, asalkan cantik, asalkan ok, ikut awak lah", jangan komplen kalau tak lawa...hehe...Boleh ditukar sehingga puas hati tapi akan ambil masa..lebih senang kalau bagitau secara detail awal2 supaya senang nak buat..header flash susah ye nak edit balik lepas buat tu...
  3. Kalau boleh sila claim sebelum raya ye...lambat nanti susah...
  4. Nanti saya akan mintak jasa baik anda untuk letakkan iklan di blog anda, ni tak wajib la ye..yang ni saya bagitau kemudian...


Cepat2 claim hadiah anda!
Harap bersabar sebab proses nak buat tu mengambil masa ye..kalau lambat mintak lambat la dapat..



Overall, berjaya la contest ni sebab ade jugak yang join...Mungkin sebab aku tak popular dan hadiah tak menarik serta kurang pengiklanan menyebabkan sambutan suam2 suku...tapi takpe, lain kali ada masa lagi akan buat lagi contest insyaAllah...

Contest "Saya Nak Header Flash" telah ditutup dan senarai penuh peserta

Assalamualaikum...


Tepat jam 12 malam tadi maka berakhirlah sudah tempoh untuk Contest "Saya Nak Header Flash".. Sambutan yang baik dari para blogger bersesuaian dengan usaha yang aku jalankan untuk promote contest ni.. So, berikut adalah senarai penuh peserta2 yang telah join contest ni...



 baby
 myra

Kalau ade yang submit tapi nama takde bagitau kat sini ye..

Pemenang akan diumumkan kemudian...tunggu je la..hehe...






Perlukan cadangan...

Assalamualaikum...


Okay, straight to the point...

Aku bakal buka kedai online beberapa hari lagi, so sekarang ni aku memerlukan nama untuk kedai tersebut... So, ada pape cadangan tak? Barang yang aku akan jual ialah baju2 lelaki dan wanita...Kat bawah ni aku bagi sneek preview kat korang...









Amacam? ade yang berminat ke nak beli? hehe..
Anyway, aku memerlukan cadangan dari korang2 yang bijak pandai untuk idea nama kedai tersebut...

Hadiah? takkan la semua benda nak hadiah..anggap la ibadah dibulan Ramadhan..hehe..

Tag : ,

Really really really need help...

Assalamualaikum...

Aku sangat memerlukan pertolongan korang yang sudi...

Aku perlu habiskan jualan Portal Score A sebanyak 3 set sebelum end of July...

If not, I'm in a really really REALLY BIG TROUBLE...

Aku tahu aku bukan sape2 dan korang bukan kenal aku...

Tapi aku dah tak tahu nak mintak tolong kat sape...

Seems desperate but I really am...

Kalau tak dapat habiskan, I'M DEAD!


Ucapan terima kasih aku dahulukan pada mereka yang sudi tolong promote entry berkaitan produk tu...

Enty tu boleh tengok kat SINI atau boleh klik kat "Score A Programme" kat menu atas tu..thanks...

Done and done!

Assalamualaikum..

Telah pun mengambil langkah drastik tadi...

Aku telah officially remove diri aku dari semua group blogger dan networkblog...so aku takkan ping blog aku kat mane2..

Aku jugak dah remove visitor counter kat blog ni..biarlah takde orang datang pon, aku tak kesah...

Still akan terus berblog...tapi takkan promote pada mane2...kalau ade member2 nak tolong promote, tu hak kamu...aku tak mintak...

Jangan tanye kenapa aku buat macam ni...ade la reason aku...


Blog ni will be pretty much macam private la..yang jumpe link je akan masuk blog ni kalau diorang klik...

Bukan nak bajet retis or whatever....


Bagi siapa yang sudi baca, terima kasih aku ucapkan...insyaAllah akan terus berblog tapi memang low profile...

Mungkin kawan2 lain akan popular dalam setahun dua, aku mungkin takkan popular but who cares right...


Akan terus update, jangan risau...


Anyway, later...

Score A Programme

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni saya nak mempromosikan satu produk pembelajaran untuk kanak-kanak sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Score A Program ialah produk pembelajaran secara online yang telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran dan digunakan oleh ramai pelajar sekolah. Program ini menyediakan soalan-soalan latih tubi untuk para pelajar buat dengan pemantauan ibu bapa. Program ini telah melahirkan ramai pelajar yang mendapat skor A bagi setiap subjek untuk setiap peringkat sekolah.


Laman utama skor A

Untuk demo produk ini, sila layari www.scorea.com.my dan klik pada "Online Demo".
Kemudian, untuk login ke online demo, masukkan id : 82828


Antara ciri-ciri yang menjadikan produk ini diminati ramai ialah:
  • Akses selama 24 jam, 7 hari seminggu. Jika anda hantar anak ke tuisyen, hanya beberapa jam seminggu sahaja.
  • Boleh digunakan dimana-mana selagi ada kemudahan Internet.
  • Antaramuka (interface) yang menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
  • Respon jawapan yang segera. Setelah selesai membuat latihan, keputusan latihan akan segera diperoleh dan anda boleh lihat prestasi segera anak-anak anda.
  • Pengawasa ibu bapa menjadi mudah dengan sistem SMS. Setelah anak-anak selesai membuat latih tubi, ibu bapa akan diberikan keputusan segera mengenai pencapaian anak-anak untuk latihan itu melalui SMS. 
  • Ibu bapa boleh melihat kemajuan anak-anak dengan sistem buku laporan online untuk ibu bapa.

Antara komponen-komponen yang terdapat dalam program ini ialah:
  • eTopic: Menyediakan latih tubi mengikut topik bagi setiap tahap. 
  • eAssesment: Menyediakan latih tubi untuk beberapa topik, Boleh juga dianggap sebagai ujian bulanan.
  • eTrial Exam: Menyediakan soalan-soalan percubaan untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM.
  • ePastYearExam: Menyediakan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum.
  • iTeacher: Menyediakan nota dan pengajaran yang menarik. Pelajar juga boleh bertanya kepada iTeacher seperti cikgu mereka sendiri di dalam kelas. iTeacher telah diprogramkan untuk menjawab pelbagai jenis soalan dari para pelajar.

Kelebihan menggunakan Score A Programme:
  • Ibu bapa boleh memantau dan melihat sendiri kemajuan anak-anak mereka.
  • Sistem pembelajaran yang santai dan menyeronokkan lebih menarik perhatian para pelajar.
  • Sistem pemarkahan yang cepat dan pantas.
  • Akses 24 jam memudahkan pelajar memilih masa yang sesuai untuk membuat latih tubi. 
  • Boleh dibuat dirumah sahaja. Tidak menyusahkan ibu bapa untuk menghantar anak ke tuisyen dan mungkin akan terjebak dengan bahaya di luar.
  • Soalan yang boleh dibuat berulang kali. Jika menggunakan buku, setelah habis latihan dibuat, perlu membeli buku baru. Dengan program ini, soalan boleh dibuat berulang kali dan bilangan soalan yang terdapat di dalam program ini memang cukup banyak.
  • Pelajar lebih seronok dengan antaramuka yang bergerak-gerak dan berinterasi daripada belajar menggunakan buku.


Ini ialah produk yang perlu anda dapatkan jika anda mahu anak anda cemerlang dalam pelajaran... Pada saya hanya ada 3 set lagi dan ini ialah penghabisan stok. Perlu dihabiskan sebelum 29 Julai...Kalau tak habis, I'm in a really really REALLY big trouble...

Boleh hubungi saya di keiseichi@gmail.com untuk keterangan lanjut.


*P/s: minta jasa baik kawan2 blogger tolong sebarkan ye..Ucapan terima kasih saya dahulukan..

Tag : ,

Business plan..

Ini ialah sticky post...sila ke bawah untuk entry terbaru...Thanks


Korang2 sume berminat tak nak buat side income? Berminat tak nak buat bisnes kecil-kecilan? Rilex...ni bukan nak suruh cari orang ke nak jual barang ke or nak suruh buat em el em tu sume... Ni ialah bisnes online yang akan provide servis pada customer...

Aku bercadang nak buat bisnes ni sorang je tapi aku rase macam lagi seronok dan senang kalau ade yang nak buat same...So, ape servis yang akan aku tawarkan? Tengok la kat bawah ni...

Translator/ Penterjemah.
Yang ni mudah iaitu cuma perlu terjemah dokumen atau kerja samada dari BM ke BI dan sebaliknye.. So kalau boleh aku nak cari orang yang pandai translate ni la...dalam 2 orang mula2 ni..nanti kalau dah okay boleh tambah lagi..

Proof reading
Proof reading ni kira kita perbetulkan salah pada dokumen2 yang diminta... Samada dari tatabahasa, penggunaan ayat, penampilan dokumen tu dan sebaginye.. Kalau berminat contact aku, nanti aku terangkan dengan lebih lanjut.. Jugak perlukan dalam 2 orang untuk ni..boleh orang yang sama untuk translator tu tapi kalau banyak orang mintak pandai2 la handle ye...

Designer
Basically buat masa ni nak cari designer untuk design header..sama jugak nak 2 orang..


Setakat ni tu je servis2 yang dalam fikiran aku, so kalau korang ade pape cadangan lagi mungkin boleh share dan kita buat same2...Note yang ni part time and freelance ye...kalau ade yang dah join pastu nak stop, boleh je..takde hal..aku tak mintak korang bayar pape, skill dan kebolehan korang je yang aku mintak...

Rasa2 ade tak yang berminat ey? Papehal boleh la contact aku... Kat blog pon boleh, kat Fb pon takde masalah.. Klik je link kat sidebar yang ade icon FB tu ye...Thanks..
Tag : ,
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -