Popular Post

Showing posts with label thoughts. Show all posts

Apa motivasi anda?

Assalamualaikum semua =)

Setiap perkara yang kita lakukan akan lebih berjaya kalau kita ada motivasi, betul tak? Setiap orang ada perkara yang boleh menjadi motivasi pada diri sendiri. Ada orang nak berjaya sebab ibu bapa menjadi motivasi, ada juga yang nak berjaya sebab duit menjadi pendorong.

Jadi, apakah perkara yang selalu menjadi pembakar semangat dan selalu menjadi motivasi kepada diri anda? For me personally, ada a few things yang menjadi my motivation but the biggest of all is my future. I want a future where I can have a comforting life with my love ones. Meaning, untuk mendapat kehidupan yang selesa dan senang di kemudian hari, pengorbanan perlu dilakukan. Sekecil-kecil pengorbanan itu jugak penting demi masa depan yang diingini.



So, what is your motivation?
What keeps you going everyday and every second?


p/s:Awak,awak motivasi terbesar saya =)

Jack or Aces??

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam dunia ni, ada banyak jenis orang dan dua antaranya ialah Jack dan Aces. Jack ni atau nama penuhnye Jack of All Trades ialah orang yang ada banyak skill atau dia tahu banyak perkara, tapi bukan secara mendalam. Aces pulak ialah mereka yang mahir dalam sesebuah perkara.

Contoh, dalam belajar kat universiti, ada orang yang boleh bawak semua subjek tapi tidak secara mendalam. Kemudian, Aces pulak, die jugak boleh bawak semua subjek, tapi ade beberapa subjek yang kalau kita tanye, memang die la yang paling hebat.



Ape kelebihan jadi Jack atau Aces ni?

Misal kata dalam sukan bola sepak, Jack ni boleh main semua posisi tapi tidak sehebat Aces yang boleh main 1 posisi seperti penjaga gol. Jack boleh jadi penjaga gol tapi Aces lebih hebat dari segi menjaga gol. Jack jugak boleh main midfielder tapi ada lagi Aces yang memang pakar menjadi midfielder. Nampak x perbezaan die?

So, anda rasa anda Jack atau Aces? Jack boleh pergi ke mana-mana tempat tapi bila ada Aces di tempat tu, mereka akan lebih prefer untuk Aces. Mestilah kita nak ambil pakar dalam sesuatu bidang tu bekerja daripada ambil yang tak seberapa kan?




Jadi, fikirkanlah. Perkara ini memang terjadi dalam kehidupan kita, cuma sedar atau tidak. Boleh jadi Jack, tapi cuba cari bidang yang betul-betul sesuai dengan kita dan jadilah Aces dalam bidang tersebut.

Aku Jack ke Aces? Masih mencari lagi, tapi aku rasa aku dah jumpa bidang aku..hehe



p/s : Awak, rindu nak baca blog awak..hehe

Berblogging sebab duit??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lame dah rasanye x menulis blog yang serupa ini..menyatakan pendapat aku sendiri...bukan susah nak cari idea, tapi masa tak mengizinkan..banyak lagi benda nak buat kan..hehe...bese la student..paham kan?

Anyway, ramai orang yang berblog sebab nak dapatkan duit, tapi berapa ramai yang berjaya dapat duit dari blog? X ramai kan? Sebab? Banyak sebabnye..yang utama ialah x pandai nak promote dan tarik minat pembaca..Mungkin ramai orang yang x sedar, bukan semua orang tu sama...So minat mereka pon berlainan..orang kata rambut sama hitam, hati lain-lain...ye x?So, luaskan skop blog anda dan cuba tarik minat pembaca..baru lah ramai orang nak baca dan follow blog anda..



Sebab lagi?Blog yang x menarik dari segi design..aku tahu blog aku ni x la menarik sangat kan..ala kadar je..tapi aku rasa x sakit pon mata kalau baca blog aku kan?Loading pon aku rasa cepat je..so aku cuba tarik minat dengan menyediakan blog yang senang dibaca dan x kusut kepada otak orang nak baca..haha..

Orang cakap susah nak dapat duit dari blog melainkan anda blogger otai..memang x salah, tapi ape akan jadi kat blogger yang junior2 ni?yang baru nak naik ni?Kena la belajar dari otai2 dan gunakan ilmu yang ada dengan sebaiknye..betul x?usaha tetap usaha..mungkin lambat bangun, mungkin cepat..yang penting ada usaha dari diri sendiri...

Aku nak kata blogger popular pon x, tengok la follower ade brape je..haha..nampak sangat blog cikai kan..tapi aku ade azam baru, cuba nak bagi ape yang pembaca nak baca dan cuba tarik minat pembaca untuk datang ke blog aku..duit pon salah satu sebab, sebabnye aku bukan lah orang kaya..aku pon still student lagi..nak cari kerja yang bergaji banyak tu susah la kan..at least kalau blog ni berjaya, boleh la ade backup sikit untuk masa depan..kira menabung la untuk masa depan..hehe..

K la..later...


p/s:Awak, hari2 saya teringat kat awak...

Pagi yang cerah...

Selamat pagi!

Da nak tengahari da pon..haha..anyway, good morning la jugak kan...

Apsal la rajen sangat nak update blog ni? Bukan ade pape nak tulis pon..mengarut je lebey...

Haha..nak kena start buat kerja la..boss da tanye..hehe...harap2 dapat siap sebelum deadline....

Nak kena buat kerja tapi sempat lagi update blog?

Biasa la tu...hehe...

Nak dapatkan mood dulu sebelum start buat kerja...

Kepada kawan2 aku yang balik arini, selamat bercuti!

Mintak2 la result sume baik2 belaka ye...




p/s: Awak, seronok borak dengan awak semalam ^_^

Awak...

Awak...

Awak ingat tak masa kita mula2 kenal?

Melalui blog kita kenal, melalui blog kita rapat...

Saya mengenal diri awak melalui blog...

Hari demi hari saya lawat blog awak...

Hanya untuk cuba mengenal diri awak dengan lebih rapat...

Segan nak komen tapi saya kuatkan diri untuk komen...

Awak balas komen saya...

Rasa seronok masa tu...

Kemudian mula mengenal lebih dalam melalui Facebook, Twitter...

Walaupon jasad kita jauh, namun keseronokan mengenal awak tu ada...

Makin hari makin suka, makin hari makin seronok...

Kemudian, hidup kita berubah...

Masing-masing sibuk dengan kelas dan tugasan selepas masuk ke U..

Masing-masing sibuk dengan hal sendiri...

Sampai awak kata saya dah berubah lepas masuk U..maaf untuk itu...

Namun, hari itu tiba dimana kita berjumpa buat pertama kali...

Sangat berdebar mulanya, namun selepas berjumpa, terasa girang...

Awak lebih daripada apa yang saya bayangkan selama ini...

Walaupon singkat, namun bermakna...

Hingga pada suatu hari, awak katakan awak cinta pada saya...

Hati ini suka namun ada bimbang dan ragu...

Bimbang tragedi lama akan berulang..

Namun, kesungguhan awak membuktikan cinta membuatkan saya ingin mencuba...

Ingin mencuba bercinta dengan awak, bersama dengan awak..

Pada hari saya terima awak, hidup saya mula berubah...

Hari-hari saya jadi makin ceria, makin gembira...

Walaupon awak jauh disana, namun percayalah, hati ini hanya milik awak...

Cinta awak akan saya sanjung hingga ahkir nyawa...


Khas untuk awak..


p/s:maaf la tak reti nak bersajak.. =P

Blog oh blog...

Ape la nak jadi dengan blog ni..da la tak popular..blogger die lagi la orang xkenal..haha

Anwyay, cuti start semalam (baru sampai rumah) and dah tak tahu ape bende nak buat...haha...

Download cite, tengok cite, download lagi, tengok lagi, maen game, maen dengan kucing2..tu je la..

1 sem study, berat badan naek la pulak...geram betol...Mungkin sebab x banyak bersukan mase kat kolej..asyek study je...Stress kot...

Anyway, harap2 la mase cuti ni boleh kurang sket berat...geram plak tengok berat badan ni naek..adeehh...

Sem depan kena lagi aktif la exercise and maen sukan, walaupon x brape hebat nak maen sukan..haha...




p/s: nak promote balik ke blog aku ni? x perlu la kot...

Home Sweet Home...

It's the time of the year again..HOLIDAY!!!

Well, at least for us university students..u school boys and girls pergi sekolah ye..haha

Got an uninterrupted holiday so gonna do something beneficial for this whole month..

Some of my friends pergi camping and ade yang dapat pergi kursus, which i didn't get selected to..haha..

Anyway, what to do time cuti ni selain kerja yang ada tu? hurm....



P/s: awak, nanti kite jumpe ye?Rindu sangat kat awak...

End of first chapter...

KYAAAAA!!!!

its the end of my first semester here in UPM.cepat je masa berlalu..

Made some friends here and some good friends and some very good friends here..Life becomes more meaningful since i got here..

U guys are the best!

Sejak masuk sini banyak yang berlaku.Kadang2 gaduh, kadang2 baik, kadang2 menyampah dan macam2 lagi la..haha..Harap2 dapat jumpa korang lagi next sem. Enjoy ur holiday!

Kalau panjang umur kita jumpe lagi..



p/s : Awak, saya rindu awak sangat2..bila la kita nak jumpe kan...

Once a loner...

Its 1.57am and i'm updating my blog!giler gak la, xpernah aku buat..tp da nak wat camne..da terasa nak update blog..xkesah pon xde orang bace..haha
Once a loner, always a loner..Aku pernah hidup sorang2 dulu, and i can do it again..I don't need anybody in my life, coz i've always make em sad and disappointed..so what's the point?I'm fine by myself..
Surrounded by such friends sometimes makes me feels lucky to have them, but sometimes makes me wanna o back being the lone wolf i am..i don't belong in any pack...
today, a good friend of mine say that she hates me and it struck me in the heart..well, i know she's sad and if she wanted somebody to blame and to hate, i'd be willing to be that person..as long as she's happy..
yeah, i'm just a punching bag and i don't mind..i'm used to..
then there's this other person...
i like her and she's my best friend..and she consider me as her best friend to..but i can't shake this feeling that i like her more than that..sometime i wonder why did i can shake my feelings with my past crushes but not her?She friendzoned me and i'm beginning to accept it..but still can't shake this feeling..probably need some time i guess...
Then there's another person..she said she likes me and even love me, but i don't know if i can respond to her feelings..i don't wanna hurt her..we're so far apart and i'm scared of a long distance relationship..i don't know if i'll be loyal or if she'll be loyal..if i'm the one whose not loyal, i would break her heart and that's the last thing i wanna do..i don't know what i should do..
life is complicated as it can be right now..with other problems..*sigh*


My existence is of no importance to the world..wish i'd just disappear and nobody would miss me..

Macam-macam la...

Manusia ni macam-macam jenis ade la...yang baik n yang xbaik..
Yang annoying sangat2 pon ade..menyampah giler wey..takyah la tunjukkan sangat your immaturity kat public, malu la..
Berlagak macam budak tak matang la wey..menyirap dowh..orang pandang ko macam orang tak betul je..
tetibe menyanyi kat public ramai2, gelak macam orang gile, pastu buat sangat la perangai x matured ko tu macam budak tak cukup umur..rasenye da cukup besar da kot?
tu yang malas nak involve same-same diorang, nanti kalau x involve kate sombong plak..da tu hati aku menyirap menyampah ni ko ade kesah?
lagi satu kes si celaka tu, memang mencabar kesabaran aku la..tahniah la sebab jadi orang pertama yang aku xkan tegur sampai ko mati..
i've done it before and i'll do it again..
mula2 kenal semua baik2..makin lama makin nampak keburukan diri masing2..terpulang pada individu nak terima atau x...and guess u knew what my opinions to u are..well, that is if u read this..
menanti hari2 dimana boleh bernafas dengan lega..insyaAllah lepas hari ni i can focus on what's important..
well, blogging?ikut mood la..ade entry baru ade la...

once again, nak baca, baca
taknak baca xkesa pon

Wanita oh wanita : Siri 2

Assalamualaikum...

Entry agak panjang..read at your own risk...


Dalam entry yang lepas, dah cerita pasal lelaki..kali ni pasal wanita plak...Seorang wanita, tugasnya hanyalah untuk menjadi penjaga pada suami dan mendidik anak2...Menjaga kehormatan suami, harta suami, kepunyaan suami, mendidik dan membesarkan anak2...Disebabkan wanita ni istimewa, kerana diberikan tugas yang paling berat iaitu mengandungkan seorrang insan selama 9 bulan dan melahirkannya, maka Allah s.w.t meringankan tugas2 yang lain dan memberi banyak keistimewaan pada mereka... Wanita juga amat dijaga kehormatannya dalam Islam...

Tapi kalau kita tengok wanita2 zaman sekarang ni, ramai yang dah terpesong dari ajaran Islam... Aurat tak lagi ditutup, percakapan tidak lagi dijaga, pergaulan tidak lagi terbatas dan bermacam2 lagi... Satu rahsia aku nak bagitaw pada wanita, nafsu dan keinginan lelaki yang paling besar ialah wanita..memang dijadikan macam tu...So, wanita ni sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam hidup seorang lelaki...Wanita dijadikan dari rusuk kiri Nabi Adam a.s yang mana kedudukannya dekat dengan hati... Maka wanita ini boleh memanipulasi hati lelaki samada kearah kebaikan atau kejahatan..This is a fact... Lelaki akan lemah dengan wanita, yang gay tu tak boleh cakap ape la..tu dah melawan hukum..


Ramai lelaki yang selalu berkata yang wanita ni suka memainkan perasaan lelaki, nak lelaki yang kaya saje, nak lelaki yang hensem, macho, cool saje..nak lelaki yang romantik saje...Nak lelaki yang sempurna yang boleh memuaskan hidup dia saje.. Tapi tahukah anda wahai lelaki, tak semua wanita macam tu? TAK SEMUA ye..sekali lagi caps lock...

Memang ada dikalangan wanita yang menggunakan rupa dan sifat2 manja dan gedik untuk mendapatkan lelaki dan mungkin mempermainkan mereka..Tapi ketahuilah bahawa ada juga wanita yang baik yang tidak ada rupa, takde sifat2 gedik ni tapi masih boleh memikat lelaki menyukainya kerana sifatnya... Perempuan sekarang ramai yang seksi2, pakai tak tutup aurat.. Kalau pakai tudung pon baju nak ketat, singkat.. Wanita2 macam ni la yang selalunya membuatkan lelaki berfikir. "Ape dah takde ke perempuan yang baik2 yang boleh aku jadikan isteri?" Ketahuilah wahai sang lelaki, masih ada wanita2 yang baik... Jangan buruk sangka pada semua wanita hanya kerana adanya wanita2 yang kurang baik seperti ini...Doa lah banyak2 semoga Allah s.w.t pertemukan kita dengan jodoh yang baik..

Satu isu hangat pasal wanita ni ialah pasal dara... Wanita yang takde dara ni selalu dipandang hina dan keji... Patut ke macam tu? Memang dara itu sesuatu yang penting but is it worth it to look down on girls yang dah takde dara? Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Kalau dia takde dara kerana telah melakukan kesilapan pada masa lalu, tapi sekarang ni dah insaf dan bertaubat, kenapa kita tak boleh terima dia sedangkan Allah s.w.t boleh terima taubat hamba2 nya...Isu dara ni memang takkan habis kalau dibincangkan... Sebab terlalu banyak isu dan aspek yang perlu disentuh dan dikaji... Bagi la peluang pada mereka2 ni yang telah tersilap untuk bertaubat dan terimalah mereka seadanya.. janganlah dipandang hina, keji, kotor pada mereka ni... Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Tapi kalau yang takde dara tu tapi masih lagi berseronok melakukan seks tanpa ada rasa kesal sikit pon, tolak la jauh2...



Lelaki2 yang pernah dikecewakan oleh wanita2 ni, ingatlah... Bukan semua wanita seperti yang kita sangka, masih ada lagi yang baik2 dan sudi terima kita seadanya... Asalkan kita ikhlas mencintai mereka dan cinta kerana Allah, maka akan diberkati hubungan kita sampai ke syurga nanti insyaAllah...So, bagi la peluang kalau ada wanita2 yang ikhlas menyukai kita seadanya... Tak perlu mencari yang sempurna, tapi cukuplah yang sempurna buat kita...

Wahai lelaki, ingatlah..wanita ni adalah untuk kita lindungi, kasihi, sayangi dan hormati...Jangan menggunakan pasangan anda hanya sekadar memenuhi nafsu anda dan sekadar ingin berseronok...Ikhlaslah mencintai pasangan anda dan cintailah kerana Allah, kerna nescaya akan diberkati dan dilindungi... Zaman sekarang ni ramai yang berpasangan hanya kerana nak puaskan nafsu masing2, nak rasa seronok, nak rasa up-to-date dengan orang lain...Sedar x sedar hidup dipenuhi dengan dosa...So, tanggungjawab lelaki untuk menahan diri dari bende2 ni dan bimbing wanita atau pasangan anda tu...

Sekali lagi, aku bukan nak salahkan siapa2, sekadar memberi pandangan...Terpulang samada nak terima atau x...

Sambungan siri3 pulak dalam entry akan datang, kesimpulan...

Lelaki oh lelaki : Siri 1

Assalamualaikum...

Entry agak panjang, read at your own risk...


Kali ni aku nak kongsi pandangan aku mengenai tajuk yang besar iaitu lelaki vs wanita... Disebabkan terlalu banyak aspek dan penilaian serta pandangan yang aku nak ceritakan, maka aku dah divide kepada 3 entry ataupon 3 siri yang telah disetkan untuk auto publish...Korang tunggu je la bila2 dia publish nanti...hehe...

First skali ialah pasal lelaki...Aku nak cerita pasal lelaki dari pandangan seorang lelaki iaitu aku sendiri dan juga pada pandangan seorang wanita(mungkin)...

Sebagai seorang lelaki, kita ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk membimbing wanita, menjadi pemimpin, menjadi penjaga, pendakwah dan sebagainya... Lelaki yang mengikut ajaran Islam akan menjadi lelaki yang baik...tapi pada zaman sekarang ni, masih adakah lelaki macam ni?


Zaman sekarang ni ada bermacam-macam jenis lelaki...yang baik ada banyak jenis, yang jahat tu lagi la... Ramai wanita yang mengatakan lelaki ni bila cari pasangan, mesti nak yang cun, yang hot, yang cantik, yang seksi dan sebagainya la.. Ade jugak yang cakap lelaki ni cari pasangan semata2 untuk seronok dan nak puaskan nafsu... Memang tak dapat dinafikan ada lelaki yang macam tu, tapi bukan semua... BUKAN SEMUA ye...siap caps lock lagi tu...

Aku sebagai seorang lelaki juga tahu ada lelaki2 macam ni dalam kaum aku, memang tak dapat dinafikan... Mungkin golongan2 playboy atau yang gemar mempermainkan wanita ni ramai, tapi masih juga ada lelaki yang setia pada yang satu, cuma mungkin wanita2 ni belum jumpa lagi... Mungkin ramai antara lelaki yang mencari pasangan yang hot, seksi, cantik, cun, lawa dan sewaktu dengannya, tapi ada juga lelaki yang tak pandang rupa mahupon harta, cukup pada agama dan akhlaknya.... Kaum wanita mungkin berfikir, "Tak mungkin lah masih ade lagi lelaki yang baik macam tu, semua dah rosak".. Tapi percayalah, kalau mintak dengan Allah s.w.t untuk mendapat jodoh yang baik, insyaAllah akan dimakbulkan... Mungkin Allah hadirkan mereka2 yang tak baik ni untuk menguatkan diri kamu dan memberi pengajaran supaya kamu lebih bersedia dan berhati2 kelak...

Biasa aku dengar dari mulut wanita, " Alah, lelaki ni semua sama je, dah takde yang baik2..semua janji manis tapi tak tepati, semua nak cari awek yang seksi2 je, semua nak seronok2 je..mungkinkah dah takde lagi lelaki yang baik dalam dunia ni?". Bila aku dengar macam tu, kecewa aku.... Disebabkan lelaki2 yang tak baik ni dah memberi pandangan yang tak baik pada wanita2 ni...So, ape akan jadi pada lelaki2 yang baik bila wanita dah pandang lelaki ni as useless dan tak boleh harap? Kesian kat lelaki2 yang baik ( macam aku) ni... Bila nak mencari pasangan mesti kena hadapi dugaan yang hebat...Iye la, bila dah wanita tu susah nak percayakan lelaki, susah bagi lelaki2 yang baik ni nak buka hati wanita2 ni...Mungkin ada yang bila dah kawen pon masih si wanita tak percayakan si lelaki disebabkan lelaki yang pernah lukai dia dulu...


Aku tak suka bila orang cakap yang lelaki ni semua sama je...Sebenarnya tak...pernah dengar tak peribahasa "Rambut sama hitam, hati lain2".. Aku pernah tulis dulu pasal ni kat blog lama..malas pulak aku nak cari keluarkan balik..hehe...Korang tengok adik beradik lelaki, sama mak sama ayah sama tempat tinggal sama makan sama cara membesar..tapi still personaliti mereka akan berbeza..kalau tak beza banyak, mesti akan beza sikit...So, macam mana lelaki yang tak sama mak tak sama ayah tak sama tempat tinggal tak sama makan tak sama cara membesar boleh ada personaliti atau sifat yang sama? Even dalam sebuah ladang buah, ada buah yang baik dan buah yang busuk...Takkan sebab kita jumpa buah yang busuk ni, yang baik2 pon kita nak tolak? Rugi kan?

Aku bukan nak tuding jari pada siapa2...cuma fikir lah dulu sebelum buat...Aku pon bukan sempurna nak nasihat2 orang ni..cuma memberi pendapat aku je...Kalau korang terima, terima la..kalau x, x la...

Wahai wanita2...masih ada lagi lelaki2 yang baik diluar sana..mungkin tak perfect tapi akan ada yang perfect bagi kamu...Mungkin kesan daripada lelaki sebelum ni membuatkan kamu berjaga2 dan berhati2 memilih pasangan, tapi janganlah sampai menolak seseorang yang ikhlas dan sudi menerima kamu tanpa mengharapkan apa2, cuma kasih sayang dari kamu...


Panjang tak? Belum habis lagi ni..part 2 menyusul kemudian, pasal wanita pulak...


Pengalaman berpuasa...

Assalamualaikum...


Da masuk bulan puasa dah kan? Da lepas waktu maghrib..Bagi yang tak tahu, pertukaran hari dalam Islam ialah bila masuknya waktu maghrib...yang pukul 12 malam tu ikut kalendar masihi...

So, dengan ini aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam... Rebutlah segala macam keberkatan dan kemuliaan dibulan Ramadhan ini...Rugi kalau tak perbanyakkan amal kebaikan dibulan Ramadhan ni sebab Allah s.w.t dah menjanjikan macam2 kebaikan pada hamba-hambanya yang mengetahui...


Anyway, tahun ni dapat puasa full dekat rumah...Memang jarang dapat puasa full dekat rumah..rasanya start sekolah menengah dulu dah tak dapat puasa full dekat rumah.. Alhamdulillah, tahun ni dapat puasa full dengan family... Kalau dulu puasa dengan kawan2 dekat asrama masa sekolah, kat universiti masa diploma, tahun ni puasa dekat rumah dengan family...mesti rasa lain..

Personally, aku memang lagi suka puasa dekat sekolah/uni sebab banyak sebabnya... Biasa masa tu belajar kan, so tak rasa sangat la puasa tu.. Pastu masa rehat or masa lunch memang rasa lama sebab tak perlu ke kantin or cafe untuk makan, so boleh buat kerja lain masa tu... Pastu kalau kat sekolah, berbuka ramai2 kat dewan makan...memang syiok la..sekaligus satu sekolah ada dalam dewan makan masa tu...rasa meriah je..Kalau kat uni plak, petang2 ajak member2 pegi bazar ramadhan, tengok2 ape makanan yang ade..Pastu dah beli, cari port nak buka then makan sama2...Memang seronok la...

Pastu masa malam, pergi tarawikh sama2..or at least jumpe terus kat surau... masa kat uni dulu, surau dekat je dengan bilik aku..turun je blok tu terus ada surau... So boleh tengok la orang dah start solat ke belum, nak timing..haha.. Kalau terlewat boleh usha2 dari atas...Pastu rasa waktu malam macam panjang walaupon kena solat tarawikh dulu kan...Biasa kalau buat assignment group waktu malam memang rasa macam kejap je..tapi masa bulan puasa rasa macam lama walaupon start lambat...mungkin masa bulan puasa, pihak uni bagi stay lama sikit kalau nak buat discussion...and cafe pon tutup lambat...untuk memudahkan orang beli makanan sahur...

Paling best masa ke bazar waktu petang la...Masa aku kat Unisza dulu, ade bazar dalam uni, ade student buka, orang luar pon ade jugak...so kalau malas nak ke bazar luar, jalan2 je kat bazar dalam ni... Memang syiok lagi2 kalau ade member buka gerai...senang nak order kalau gerai dia jual yang sedap2..haha...Boleh tengok macam2 orang kat situ...sometimes boleh jugak tambah kawan kalau slalu datang gerai orang tu kan...

So, tahun ni mungkin lain pengalaman puasa tapi puasa tetap puasa..Ibadah kena gandakan, kejar keberkatan bulan Ramadhan...Kejap je bulan Ramadhan ni...kalau dah terlepas, tak tahu la tahun depan masih ada lagi tak nak kejar...

Aku dan bakal isteri mengucapkan Selamat Berpuasa...


Anyway, selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa..
Tag : , ,

Couple ke tak?

Assalamualaikum...

Couple..bende yang biasa kita dengar, betul tak? Kita tengok mana2 semua tempat ade couple...lelaki dan wanita...Tapi, korang tahu ke ape tujuan couple tu?

Orang kate kalau dah suka sama suka, cinta sama cinta, sayang sama sayang, kena couple..camtu ke? So ape tujuan nikah yang disyariatkan Islam? Biasanya kalau suka sama suka, kita kena couple...Ade ke undang2 yang menyatakan macam tu?

Tak boleh tengok orang lain couple, kita pon nak couple..sebab ape? Tak fikir ke ape perasaan pasangan korang kalau korang couple sebab tu? Kalau dia tahu mesti luluh hati dia...

Orang sekarang ni yang couple mengalahkan yang dah nikah... aku guna perkataan nikah sebab tu yang disyariatkan Islam...pernah dengar pepatah "Dah kahwin tapi belum nikah" ? Maksudnya couple tu dah macam orang kawen tapi takde ikatan yang sah...


Orang couple sekarang ni hebat..... Mengalahkan orang yang dah nikah...comolot kat tempat public, snap pic sama2 pastu upload kat fb..yang lagi best buat video "sedap" pastu upload kat internet..WEEEEEYYYHHH!!! orang dah kawen yang dah sah2 halal sesama sendiri pon tak buat camtu, korang yang takde ikatan sah ni bangga dengan dosa2 yang korang buat...ape nak jadi la....

Ade jugak orang kate couple ni proses perkenalan sebelum nak kawen...Tapi, kalau dah "kenal" luar dalam..atas bawah...kiri kanan sume...bile nak nikahnye? Kemanisan rumah tangga tu dah takde sebab dah kenal sangat...selok belok sume dah tahu...bile dah macam tu, disebabkan takde ikatan sah so boleh la tinggal macam tu je...dengan alasan "aku belum jadi suami/isteri ko lagi, boleh la aku cari orang lain"..teruk kan?


Nak couple boleh, tapi batas2 kena jaga...kalau dah suka sama suka, tak boleh nak jaga batas, lekas2 nikah...Segalanya jadi halal dan dapat pahala lagi...Mane korang nak? Buat benda dapat pahala dengan nikah daripada buat benda yang sama dapat dosa besar...orang yang berakal akan pilih dapat pahala dari dapat dosa...betul tak? Kalau aku cakap "korang ade akal, fikir sendiri" korang akan fikir dengan akal dan nafsu...so bile aku dah bagitau mana satu korang kena pilih, maknanya kalau korang pilih yang lain, korang tak berakal la..sorry kalau kasar but this is the fact...


InsyaAllah untuk calon isteri aku akan datang, kalau nak couple aku kena layout kan rules, tapi bukan rules aku..rules berlandaskan Islam...sebelum ni aku couple fikir seronok je, banyak hukum aku langgar...so kali ni aku nak betul2 jadi dan moga hubungan aku dengan calon isteri aku akan kekal dan diberkati Allah s.w.t...


p/s: kalau calon isteri aku baca ni, ni ikhlas dari hati...
p/s: tengok orang join segmen bersaing tu kan, macam best je...tapi aku x layak nak bersaing dengan sape2..xpela..aku solo je..dari dulu lagi macam ni...

Untuk mu...

Aku tak punya harta...
Tak punya rupa...
Tak punya gaya...
Tak punya nama...

Aku tahu siapa aku...
Tidak bernama, tidak berpangkat..
Tidak berharta, tidak kaya..
Tiada berupa dan tiada bergaya...


Namun...
Hati ini ikhlas menyukai mu...
Ingin aku menyintaimu...
Ingin aku bersamamu...
Ingin aku menemuimu...


Inginku jalin ikatan suci bersamamu...
Inginku bina istana bahagia bersamamu...
Inginku hadirkan anak-anak penyeri hidup bersamamu..
Inginku tua bersamamu...
Inginku berada di Jannah bersamamu...


Namun...
Diri ini serba kekurangan...
Barangkali tidak cocok bersamamu...


Kamu cantik, kamu manis...
Ramai lelaki yang gilakan kamu...
Ramai lelaki yang sukakan kamu...
Senyumanmu mampu menggoyahkan seorang lelaki...
Bicaramu mampu mencairkan kekerasan hati seorang lelaki...
Tawamu mampu memecahkan kegelapan didalam hati...
Memberi sinar didalam kegelapan...


Ya Allah...
Aku memohon padamu...
Pertemukanlah jodoh aku dengan dia..
Lindungilah kami dari maksiat dan dosa...
Lindungilah kami dari bisikan syaitan durjana...
Aku memohon padamu Ya Allah...
Jadikanlah dia jodohku...
Hanya padaMu aku meminta...




mood: jiwang dan berharap...
p/s: ade bakat x tulis sajak?haha...

Harga sebuah kebaikan...

Jom join contest anjuran aku kat SINI
 Jom join GA kat SINI
Minta jasa baik kawan2 baca entry kat SINI
Thanks...


Assalamualaikum....

Hari ni hari gembira + sedih buat aku..kenapa? Nanti aku cerita tapi bukan dalam entry ni...esok-esok je la..hehe...


Anyway, kali ni nak cerita pasal harga sebuah kebaikan...Biasa kalau kita buat baik dengan orang, adakah kita akan meletakkan harga pada perkara baik yang kita buat tu? Misal kata orang mintak tolong kita, pastu kita cakap kat dia, bayar dulu baru aku tolong...Ade tak antara korang yang buat macam tu? Ni tak dikira la kalau korang memang buat servis macam servis angkut barang ke, pindah rumah ke kan...tu memang kerja...


Misal kata satu hari korang tolong sorang nenek lintas jalan, ade korang mintak nenek tu bayar korang? Kejam sungguh macam tu... Ade jugak rasanya orang yang macam ni, betul tak? Buat baik tak seberapa, upah yang dimintak...


Bagi aku personally, biarlah aku tolong tu tak perlu mintak ganjaran...Kalau dia nak bagi, tu atas budi bicara dia...selalunya memang aku tolak dengan niat aku tolong secara ikhlas.... Bukan aku nak up diri aku dengan mengatakan aku ni hebat...bukan camtu.... Aku kalau tolong orang, biarlah from the shadow bak kata orang putih...Kalau orang yang aku tolong tu tak ucap terima kasih pon aku tak kesah...sebab aku tahu kalau aku ikhlas, insyaAllah akan dibalas dengan balasan yang baik...betul tak?


Kadang-kadang, ada yang amek kesempatan...Aku tolong sekali pastu dia mintak lagi...dah la aku ni jenis susah nak menolak dan susah nak kata taknak...bende yang senang aku cakap taknak ialah pada rokok...tu tak payah tanye pon takpe...Tapi seriusly aku tak kesah...mintak la tolong banyak2 pon kat aku, lagi aku suka...tapi kalau membebankan aku sampai kerja aku tak siap, terpaksa la aku cakap taknak....Sampai ade yang tegur aku, dia cakap orang suka amek kesempatan kat aku...


Korang pulak macam mane?


p/s: satu penantian dah berakhir, jawapan dah ketemu..satu penantian lagi bermula....
p/s: tak sabar nak tunggu bulan puasa...

Creeps dalam Facebook?

Jom join contest anjuran aku kat SINI
 Jom join GA kat SINI
Minta jasa baik kawan2 baca entry kat SINI
Thanks...



Assalamualaikum....

Korang nak tahu tak ape tu creeps dalam Fb? Tau tak ape tu creeps? Creeps tu kalau tak silap aku ialah binatang yang creeping atau merangkak diatas tanah, macam semut kalau tak silap aku...ntah la, cari la dalam kamus...hehe.... Tapi creeps yang aku nak cerita ni ialah creeps yang bermaksud "An annoyingly unpleasant or repulsive person." Nak terjemah jugak ke maksud dia? Tak perlu la kan...semua blogger pandai2 kan? hehe...


Sebelum tu, try tengok video best ni dulu pasal creeps dalam Fb...


Watch more on College Humor


Dah tengok tak video tu? Best kan? haha....kalau korang nak tengok lagi video2 yang best2 dan kreatif, tengok la website College Humor tu ataupon search je College Humor kat Youtube...


Anyway, kat dalam video tu dia ceritakan pasal lelaki2 yang annoying dan suka kacau gurl2 yang cantik, betul tak? Pantang ade gurl post gambar cun sket, mula la lelaki2 yang miang ni nak mengacau...Ntah kenal ntah tidak...Pastu mintak no fon la bagai dengan alasan nak kenal dengan lebih lanjut la...haha...Susah jugak jadi gurl cantik ni kan? Nasib baik aku tak cantik.....dan nasib baik aku bukan gurl...haha...


Gurl2 cantik dan comel2 dekat Fb ni memang biasa jadi tumpuan lelaki2 jenis ni, betul tak gurls? Kalau dilayan, kita jugak tak cukup tangan, kalau tak layan kena cop sombong plak.... Ape kena la laki camni....Aku sebagai lelaki malu la weyh....malu....Aku tahu aku boleh cakap macam ni sebab aku tak hensem dan tak macho so gurl tak layan aku kalau aku tegur pon....haha.... Yang layan tu thanks aku ucapkan sebab sudi layan orang macam aku ni....


Anyway, conclusion dia...sudah2 la tu wahai lelaki2 yang creepy...korang takde life ke? hahaha....Sape makan durian mulut akan berbau durian....haha...Yang gurls pon tak perlu lah nak letak gambar2 yang mengundang mereka2 ni ke page korang...korang jugak nanti susah...

Entry ni tidak berkaitan menyingung mana2 pihak...jangan terasa la pulak ye..



p/s: boleh tak aku tukar trend wordless wednesday dengan hanya letak video je? taknak letak gambar...haha....macam la aku pernah buat WW tu... =P

Survival of the fittest...

Assalamualaikum....mintak baca SINI dulu ye sebelum sambung baca...thanks...


Biasa dengar tak quote kat atas tu? Ape maksud dia? Survival of the fittest bermaksud hanya mereka2 yang fit sahaja yang boleh survive....Fit dari segi apa? Rohani, jasmani, ilmu, fizikal, akal dan semua aspek la...baru boleh survive...


Tapi, apa yang aku tengok zaman sekarang ni..more of Survival of the FATTEST!!! Fat dari segi apa? Money.....Lu ada duit, lu boleh survive kat mana2...Lu kaya, lu boleh buat apa lu suka.... Satu lagi ialah fat dari segi kuasa.... Lu ada kuasa, takde sape boleh lawan lu....sampaikan ade yang menganggap Tuhan pon tak boleh lawan dia sebab dia ada kuasa....Astagfirullah..



Zaman sekarang ni macam2 cara nak dapatkan duit, betul tak? Baik yang halal, baik yang haram... Yang halal tu ialah seperti yang disyariatkan oleh Islam...Dari sumber yang halal.... Yang haram tu lagi la banyak...tipu, curi, rompak, dan macam2 cara lagi la....Lagi2 zaman serba canggih ni, lagi banyak cara nak dapatkan duit haram....


Kuasa jugak sama je....nak dapat kuasa cara baik ialah jadi pemimpin yang baik...nak dapat kuasa cara jahat? macam2 ade weyh...rasuah, kroni, janji sana sini tapi tak tepati, tipu orang sana sini...boleh dapat kuasa, takde masalah...boleh jadi pemimpin, takde masalah...tapi pemimpin yang macam mana? Akhir zaman ni, orang alim dilawan, dicaci, dimaki dan sebagainya....Orang zalim, orang jahat, dipuja, diagungkan, dipilih jadi pemimpin...


Itulah manusia akhir zaman...semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang terpelihara dari segala keburukan di akhir zaman ni.....


p/s: nanti nak buat contest, korang join la ye...insyaAllah nak launch dalam minggu ni...
p/s: sape2 yang tunggu cerpen bersiri aku tu, maaf la ye...perkembangan agak slow...tapi insyaAllah akan mula publish secepat mungkin...

What goes around comes back around...

Assalamualaikum...mintak tolong baca and promote SINI dulu ye sebelum baca...thanks...

Biasa dengar quote di atas? What goes around comes back around...atau dalam pepatah melayu, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat...atau jugak dipanggil hukum karma.... Tapi, betul ke bende ni?


Memang betul la kan...kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik pada kita....begitu jugaklah sebaliknya... Tapi ada juga orang dalam dunia ni buat jahat tapi dibalas baik....begitu juga ada orang dalam dunia ni yang selalu buat baik tapi dibalas jahat.... Dunia tak adil ke? Bukan macam tu ye...Mungkin orang yang buat jahat dibalas baik didunia, tapi di akhirat nanti Allah akan balas dia dengan balasan yang setimpal... Bagi orang yang selalu buat baik tapi dibalas jahat, mungkin Allah nak uji dia didunia dan nanti akan dibalas balasan setimpal diakhirat kelak....


Jumaat lepas kat sekolah, ade ceramah sempena Isra' dan Mi'raj... Dalam ceramah tu, ustazah tu ada sebut.... Kalau kita buat baik dengan ibu bapa kita, anak-anak kita akan buat baik dengan kita 10 kali ganda...begitu juga sebaliknya... Kalau kita buat jahat dengan ibu bapa kita, anak-anak kita nanti akan buat jahat dengan kita 10 kali ganda....takut jugak dengar kalau buat jahat tu kan? Nak pikir banyak kali tak sebelum buat jahat dengan ibu bapa?


Adakah perangai anak-anak sekarang ni jahat dan kurang ajar sebab parents diorang buat macam tu pada mak ayah diorang (datuk nenek)? Mungkin jugak kan? Kita tak tahu macam mana parents kita behave dengan parents diorang masa kecik2 dulu....Yang penting ialah macam mana kita behave dengan parents kita akan melambangkan macam mana anak-anak akan behave dengan kita nanti....


So, buat baik lah selalu dan insyaAllah akan dibalas dengan balasan yang baik, kalau tidak didunia, akan dibalas diakhirat sana....dan jangan ingat kita selalu buat jahat takkan dibalas...kalau tak didunia, tunggu la kat sana nanti....kat mana? SANA la.....


InsyaAllah, lepas ni sume buat baik ye?hehe...

p/s: masih mencari website hosting flash yang free sekali dengan embed code...sapa2 boleh tolong?
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -