Popular Post

Showing posts with label lessons. Show all posts

Apa motivasi anda?

Assalamualaikum semua =)

Setiap perkara yang kita lakukan akan lebih berjaya kalau kita ada motivasi, betul tak? Setiap orang ada perkara yang boleh menjadi motivasi pada diri sendiri. Ada orang nak berjaya sebab ibu bapa menjadi motivasi, ada juga yang nak berjaya sebab duit menjadi pendorong.

Jadi, apakah perkara yang selalu menjadi pembakar semangat dan selalu menjadi motivasi kepada diri anda? For me personally, ada a few things yang menjadi my motivation but the biggest of all is my future. I want a future where I can have a comforting life with my love ones. Meaning, untuk mendapat kehidupan yang selesa dan senang di kemudian hari, pengorbanan perlu dilakukan. Sekecil-kecil pengorbanan itu jugak penting demi masa depan yang diingini.



So, what is your motivation?
What keeps you going everyday and every second?


p/s:Awak,awak motivasi terbesar saya =)

Perihal blogger dan ...

Morning! It's Friday and its goooood.... Tengahari nanti laki2 sume pegi solat Jumaat kat masjid tau? Aku nampak korang online memang aku bagi la makan kasut saiz 10..haha...

Blogger itu macam2 jenis ade, ade yang tinggi, rendah, besar, kecik, cantik, tak brape cantik, bijak, pandai, tak brape nak bijak dan macam2 la...Blogger tu jugak manusia dan manusia itu punya bermacam ragam.. So, aku kire nak cerita la jenis2 dan ragam2 blogger dan blog yang aku nampak sepanjang penglibatan aku dalam dunia per-blog-an ni.. Walaupon masih baru tapi ini dari pandangan aku je... Kalaua de lagi jenis2 blogger dan blog yang lain2 boleh la kongsi same2 ye...


Blogger mula2 mestilah Blogger popular. Takkan la tak cerita pasal blogger popular kan? Popular dari segi mane? Mungkin dari segi blog die kalau blog die unik dan cantik dan dapat tarik perhatian orang.. Mungkin dari segi entry yang menarik pehatian samada perhatian yang baik atau tak baik..Ni masing2 sendiri judge la kan... Banyak faktor yang menjadikan seseorang blogger tu popular tapi tak perlu aku ulas sebab aku tak popular, so aku tak tahu la macam mane nak ulas...haha...




Then ade pulak blogger cerita peribadi. Dalam blog die tu banyak cerita peribadi pasal die, pasangan die, anak2 bagi yang dah berkahwin, mak ayah die dan sebagainye la... Ade orang yang cerita peribadi die memang menarik and others.....eehhh...not so much... Dah kalau 10 recent entry ko tulis pasal pakwe ko pastu dengan ayat gedik2 la bagai, aku pon malas nak bace... Personally aku tak brape gemar bace entry or blog yang cerita pasal how sweet pakwe die, or cerita diorang pegi dinner and all...sebab......sebab.........aku takde makwe...hahahahahahaha....*gelak giler*


Blogger yang seterusnye ni aku suke iaitu blogger berpandangan sendiri. Blogger jenis ni die suka ulas isu semasa menggunakan ayat sendiri from his/her point of view... Some ideas adalah bernas and some more just kutuk2 or mengeluh and others... Aku taknak bace ko mengeluh pasal harga tarif naik tapi aku nak baca macam mana pandangan ko pasal tarif naik dan ape yang boleh kita sebagai rakyat lakukan untuk mengatasi masalah ni... or something like that la....Then aku suke kalau die cerita macam pasal artis k-pop buat persembahan kat hari belia haritu, tapi die bukan cerita pasal bestnye artis tu or wutever tapi die cerita about how can u not see the bigger picture? There are other things bigger things to see or to take note about then which artis come and perform or how local artis bangkang all this? HOW CAN U NOT SEE THE BIGGER PICTURE??? Yes, I do see the bigger picture tapi sebab aku rase pandangan aku takde orang amek kesah so i'll just write it here je la..




Then blogger yang ni aku tak brape gemar iaitu pemberita blogger. Macam mane pulak tu? Hari2 entry die hanyalah pasal berita yang boleh kita bace kat online paper...Tak tahu la die buat macam tu sebab SEO or die just takde idea nak tulis entry so die copy paste berita tu sebiji2 then letak tajuk same then terus publish...takde ulasan or pape.. Mana identiti blogger anda? Ke tu identiti anda? The copy-and-paste-the-news-then-make-it-your-own kind of blogger? Encik2 kakak2 sekalian, kalau aku nak bace berita aku bukak la paper online...thank you very much ye...


Pastu ade pulak blogger yang gile kontest or segmen or GA. Setiap 10 minit update tapi pasal contest, pastu pasal segmen, pastu pasal GA..I mean...untuk ape? Mane entry anda sebagai sornag blogger? Sampai ade yang buat 1 lagi blog asing specifically untuk join all these things.... I mean, tak salah nak join, bergantung la tapi takkan setiap 10 minit update pasal contest je? Kadang2 muak la..Aku pon cam da malas je nak masuk blog ko...


So, now lets get back to the question.."Sebab ape lu orang mula blogging?"


Okay, nak sambung blaja flash...nantikan kemunculan header flash pertama aku....lama lagi...haha...

Blogging mengajar aku erti...

Morning ya'll!! Ape cer pagi2 ni? Bekfes ke belum? Puasa? Bagus2....hehe...

So, topik kali ni ialah pengajaran yang aku dapat daripada berblogging.. Ape pengajaran yang aku sendiri as a blogger dapat dari blogging ni? Aku ni masih baru la dalam bidang belog membelog ni...baru setengah tahun..tapi kalau blog ni baru dalam 2 minggu kot? Ntah, aku tak kire pulak... So sepanjang panjang aku berblogging ni, ade la beberapa perkara yang aku dapat. Antaranya ialah dapat aku kenal dunia blogging ni dan dapat selami hati dan perasaan seorang blogger... So lepas ni kalau2 ade yang kutuk2 or merendah2 kan blogger tu boleh la jugak aku terasa..haha...


Selain tu jugak dapat la jugak aku jugak belajar jugak skill2 baru jugak di alam maya ni jugak....haha..brape banyak jugak la jugak...So, selain dapat tahu pandangan orang lain pasal isu2 semasa contohnye, dapat jugak aku belajar skill2 macam skill photoshop or blogging dan sebagainye dari blogger lain...Dan jugak aku dapat baca pasal kisah hidup orang lain walaupon sebenarnye aku tak kisah sangat pasal kisah orang lain..aku lebih kisah dan tertarik dengan pandangan orang mengenai sesuatu2 tajuk or topik or isu semasa..that way i can know how other people's mind work...


Selain tu, aku dapat share pandangan dan pendapat serta buah fikiran juga buah2 yang lain yang aku ada dengan orang lain yang mana sudi nak membaca...yang taknak baca takkan aku nak paksa kan? Aku tau siapa aku, hanya melukut ditepi gantang...


Aku jugak dapat kenalpasti kesilapan2 yang aku buat untuk blog satu lagi dan aku applikasikannya untuk blog ni..kire macam aku ber experiment la dengan dunia blogging ni...Bukan kat skolah or dalam lab sains je boleh buat experiment okay? Dalam dunia blog pon boleh...hehe...


Juga sejak semenjak dua menjak ni aku jadi excited dan seronok nak blogging sebab aku dapat kenalpasti reader yang selalu singgah blog aku dan bace dan komen entry aku....kerana korang la aku rajen nak blogging dan update entry ni....aku nak sama taraf dengan korang dan nak rasakan keseronokan berblog ni...Jugak aku dapat kawan2 dalam blog yang even tak pernah jumpe dan ade yang tak tahu rupe macam mane pon, but still aku rase ade connection dengan diorang....tak tahu la kalau diorang pon rase camtu kan..


Anyway, cukup2 la kan..panjang2 pon bukan ramai sangat yang bace blog aku ni...hehe..adios!
Tag : , ,
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -