Popular Post

Showing posts with label life. Show all posts

Class Photoshoot yang awesome!

Assalamualaikum semua =)

Saje nak flashback event2 yang lepas2 sepanjang aku belajar di UPM. Masa sem 1, kami ada buat class photoshoot dengan semua student dalam kelas aku. Walaupon ada sorang dua yang tak ada dalam gambar but everybody was there. Agak best bile dapat bergaya dengan kawan2 semata2 nak amek gambar kelas..Malas nak cakap banyak, tengok je la kat bawah ni =)

 

 

 

 

 


Ada lagi gambar2 lain tapi tak ingat letak kat mana..haha..harap2 ada lagi photoshoot untuk tahun kedua =)


p/s:Bila la nak photoshoot dengan awak pulak kan?hehe

Apa motivasi anda?

Assalamualaikum semua =)

Setiap perkara yang kita lakukan akan lebih berjaya kalau kita ada motivasi, betul tak? Setiap orang ada perkara yang boleh menjadi motivasi pada diri sendiri. Ada orang nak berjaya sebab ibu bapa menjadi motivasi, ada juga yang nak berjaya sebab duit menjadi pendorong.

Jadi, apakah perkara yang selalu menjadi pembakar semangat dan selalu menjadi motivasi kepada diri anda? For me personally, ada a few things yang menjadi my motivation but the biggest of all is my future. I want a future where I can have a comforting life with my love ones. Meaning, untuk mendapat kehidupan yang selesa dan senang di kemudian hari, pengorbanan perlu dilakukan. Sekecil-kecil pengorbanan itu jugak penting demi masa depan yang diingini.



So, what is your motivation?
What keeps you going everyday and every second?


p/s:Awak,awak motivasi terbesar saya =)

Flashback : Trip down memory lane

Assalamualaikum semua =)

Sempena dengan semangat nak kembali berblog ni, so kita mulakan la dengan entry2 yang ringan2 dan simple2..Just nak cerita what happen pada semester yang baru lepas ni iaitu semester 2 aku di UPM. One of the things that happen is kitorang di fakulti FSKTM UPM telah pergi ke Sungai Congkak. Ape yang kami buat kat situ? Nothing much..just tolong orang kampung gotong royong and lepas tu kami camping ramai2!

Memang sangat seronok masa tu sebab dapat tolong orang kampung walaupon tak seberapa. Ade 2 task pada hari kejadian.1 group tolong bersihkan dewan kampung dan 1 lagi tolong bersih dah cat balai raya. So aku telah dipilih untuk cat balai raya dengan a few of my friends and seniors and lectures. Memang fun sebab semua pon sporting dan tak sombong =).

Anyway, lepas tu kami pon berangkat ke Sungai Congkak and spend the night kat situ. Yang paling best ialah the food! =D

Sebab walaupon "camping" but every meal yang kitorang makan kat situ serupa macam makan kenduri rumah orang kawen..hahaha.. Memang fun and tak stress langsung. Then kami pon mandi dekat Sungai Congkak tu..Sangat best sebab dah lama tak mandi sungai, air pon agak bersih walaupon baru lepas hujan a few days back.

Anyway, malas nak banyak cakap lagi. Here's a few pics to look at.Not much but worth a lot.



 






 













Hopefully akan ada lagi event macam ni in the future =)



p/s: Awak, saya dah kembali berblog..=P hehe..
Tag : , , ,

Long Time No See

Bukan ade orang baca blog aku pon so sekarang ni ubah cara menulis..more to talking to myself..lalala~
Lame jugak xbukak blog ni rasenye..kehidupan agak tak teratur la semenjak sambung masuk upm ni..kinda hectic..
x pernah rasa sebegini sibuk even masa diploma dulu..kesibukan 1 sem ni tak terbanding dengan masa 3 tahun diploma..sibuk dengan kelas, kolej, nak jaga hati orang, nak spend time dengan kawan2 sampai xde masa untuk diri sendiri...well, mostly sebab nak jage hati orang la sampai hati sendiri xterjaga
banyak benda terjadi and mostly aku simpan sendiri dalam hati aku, tulis kat blog pon bukan ade orang baca..so simpan dalam blog pon macam simpan sendiri je la..
anyway, mungkin akan terus menulis blog kot?entah la..tengok la mood camne..

nak baca, baca
xnak baca xyah
Tag : , , ,

Event KamiFifth yang happening!!

Assalamualaikum..


Kali ni nak cerita la sikit pasal event yang baru berlangsung minggu lepas iaitu event KamiFifth..Ape bende KamiFifth ni? KamiFifth ni ialah Karnival Integrasi Kolej KeLima (or something like that) yang mana bertujuan untuk merapatkan hubunga antara pelajar senior dan junior Kolej Kelima (K5)...So banyak la event yang disediakan sepanjang minggu ni seperti pertandingan nasyid, 5th Got Talent, gerai jualan , bola jaring, futsal, sukan rakyat, Pertandingan Multimedia(PETI) dan lain2 lagi..

Mula2 kami dibahagikan mengikut kampung...Ade 4 blok di K5, 1 blok lelaki(Baung) dan 3 blok perempuan (Jelawat, Kelah, Kalui)...So kami dibahagikan macam ni, Jelawat aras 0, Kelah aras 1, Baung aras 2 dan Kalui aras 3 menjadi 1 kampung..kampung2 lain pon dibahagikan macam tu, mengikut aras2 yang berbeza..Kampung kami dinamakan kampung HardRock Village...Kampung2 lain pulak macam Kampung Teratak Toto, Kampung Ok Jer dan last skali Kampung Kelas Kau Jah.. So kami compete antara kampung untuk mendapat title kampung terbaik dalam event KamiFifth ni...

All and all memang sangat best dan happening sepanjang minggu ni...Lagi best bile kampung aku mendapat juara keseluruhan! Kami memang tempat pertama dalam PETI, sukan, nasyid wanita. Pastu dapat no 2 dalam 5th Got Talent.. masa bende ni berlangsung, aku join PETI sebagai pelakon, 5th Got Talent plak kami buat sketsa dan aku jugak berlakon, sukan pon ade main sikit..tak dapat join banyak sebab clash dengan kelas..memang agak terkilan la...

Then masa event ni berlangsung, aku dapat pengalaman baru iaitu aku jadi pengacara majlis masa PETI... memang pengalaman pertama dan alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..Lepas je event tu, terus kena jemput masuk ke Kelab MC..haha..aku sahut cabaran tu dan aku join kelab tu...just untuk pengalaman dan mungkin akan ade bende2 lain jugak yang aku akan dapat...mane la tau kan...

So, hari terakhir majlis tu, kami adakan jamuan raya...malam tu kami gotong royong same2 untuk prepare masakan untuk majlis tu...semua dihandle oleh student dan felo K5...diorang semua memang best dan sporting dan happening..memang sangat seronok sepanjang minggu ni...Bagi pihak aku, aku rasa tujuan event ni dijalankan dah tercapai iaitu merapatkan silaturrahim..memang rasa lebih rapat dengan kolej dan warga K5..

Ni ade sikit gambar sepanjang event tu berlangsung...




Pertandingan nasyid


Perbincangan untuk 5th Got Talent

Gerai jualan



Pertandingan memasak

MC PETI






Gotong royong



Majlis jamuan Raya D Fifth

Hamper pemenang johan keseluruhan


Lepas ni ade event ape pulak ye??

Konvo UniSZA ke-3 2011

Assalamualaikum..

Lame betul la tak update blog ni...memang busy memanjang je kat UPM ni..memang happening giler!hehe...Anyway, ni nak cerita bende lame even tak lame sangat la...ade la dalam minggu lepas...

Aku konvo pada hujung minggu lepas di UniSZA..sape tak tahu ape UniSZA tu rajen2 la tanye uncle Google..haha...

Setelah 3 tahun lebih kurang aku di sana, alhamdulillah tamat jugak diploma aku dan secara rasmi aku telah menjadi graduan diploma UniSZA...dan secara automatis menjadi alumni UniSZA(ayat pendaftar masa mengumumkan aritu..haha)

Kalau ade konvo mesti ade pesta kan? Pesta tahun ni agak meriah sebab kedai banyak dan dibuat dikawasan lebih luas dari tahun lepas...Setelah 9 bulan aku tak jenguk kat sane, macam2 benda baru ade...tapi tak sempat la nak round2 kat situ sebab ada kat situ dalam 3-4 hari je...

Seminggu sebelum tu aku daftar masuk ke UPM...then lepas orientasi, aku ke kelas 3 hari, pastu terus rush ke Terengganu untuk konvo...so agak rushing sket la..but all and all, semua dan habis dan aku rasa lega la..

Nak cerita panjang2 pon korang mesti bosan, so tengok je la gambar yang ade..aku letak sikit je dalam ni, nak tengok lagi ce tengok kat FB aku ye...


Jubah baru dapat

Pesta konvo

Belon besar



Kedai2 kat tapak pesta

Hari konvo (belum masuk dewan lagi pon..haha)



Junior2 aku..konvo dengan diorang la..sebab aku habis lambat



Dengan family..

So..aku konvo petang ahad, petang tu jugak amek transkrip kat akademik dengan orang yang ramai... Then malam tu jugak terus gerak ke UPM balik...memang rasa bangga sebab dapat grad jugak akhirnye...

UniSZA banyak mendewasakan aku dan banyak mengajar aku erti hidup..disamping dapat diploma, banyak pengalaman dan kenangan manis dan pahit yang aku dapat kat situ...Rasa berat jugak nak tinggalkan situ tapi kehidupan harus diteruskan...Sekarang kat tempat baru, memori dan kenangan baru akan diukir dan dipahat dihati ini...


Lepas ni update pasal event kolej plak..sangat happening!!
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -