Popular Post

Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Selesa atau selamat?

Assalamualaikum...selamat hari sabtu semua..Ape khabar harini? Sihat ke tak? Moga2 sihat la hendaknye ye...Anyway, kali ni nak cakap sikit la pasal tajuk kat atas tu..selesa atau selamat... Biasa kalau aku nak "cakap sikit" tu, memang panjang jadinye kalau dah mula menulis..haha... Semalam aku keluar ke bandar naik moto sebab ade benda nak uruskan berkaitan jadi cikgu tu..ade la urusan surat menyurat dan sebagainye... Then masa tengah rempit atas moto tu dapat pulak idea nak tulis benda ni..haha...


Bayangkan kamu diberi dua pilihan samada nak selesa atau selamat, yang mana satu akan kamu pilih? Misal kata tengah bawak kereta, kamu nak selesa dengan tak pakai seat belt atau kamu nak selamat dengan memakai seat belt? Kebanyakan orang biasanya akan pilih untuk selamat, betul tak? So serupa jugak dengan pemakaian tudung bagi golongan wanita...Nak pakai tudung and selamat or nak bukak tudung and selesa? Kenapa nak selesa kalau tidak selamat? Selamat maksud aku ni dari segi dosa la..walaupon aku bukan la bagus sangat dalam bab agama ni, tapi sebagai peringatan dan teguran untuk kita bersama...


manis je Heliza pakai tudung kan?

Kalau pakai tudung, umpama seat belt yang melindungi kita dari dosa...at least dosa tidak mendedahkan aurat...tahu kan kalau sehelai rambut wanita itu dilihat oleh lelaki pon dah dapat dosa, betul kan? betulkan kalau aku salah ye.. So agak2 ade berapa helai rambut yang kamu dedahkan dan berapa ramai lelaki yang tengok? tak ke dapat dosa free je? Tu baru bab tak pakai tudung, tak masuk lagi bab pakai baju dedah sana sini...tapi fokus pada tudung je la ye..


Bagi aku, manis lagi seorang wanita tu kalau dia bertudung....kalau nak jadi awek or isteri aku, kena la bertudung ye..hehe....So, pakai la tudung untuk melindungi diri dari dosa tidak menutup aurat...banyak dosa free kat situ..lagi2 kalau korang buat profile pic kat fb kan, pastu korang pulak cun gitu..bayangkan dalam sejam ade brape ramai lelaki gatal yang tengok pic korang tu? tu baru sejam...kalau lame2 macam mane?


Ade jugak yang sangkal, tak kesah la tak pakai tudung pon, dia solat, dia tak tipu orang, dia baik....Baik ke kalau tak tutup aurat? Pastu ade pulak yang sangkal, kalau pakai tudung pon mulot macam taik suka mengumpat orang ape cite? Cik kak...ni cite pasal tudung, yang pasal mengumpat tu lain ceritanya...Dia dapat la dosa dia part mengumpat tu, tapi at least dia tak dapat dosa bab tak tutup aurat..yang kau pon pegi mengumpat dia , same je kan? Sekali lagi, aku bukan la arif bab dosa ni..betulkan kalau aku salah ye...


So..amek la peringatan ye...kalau yang jenis pekak badak tepu kepala otak taknak terima teguran tu, terima la balasan nanti kat sana...jangan dok nanges2 nak menyesal pulak kat sana nanti...orang dah tegur elok2 dengar la..or at least fikir2 kan....


Yang lelaki jangan nak mengada2 pakai tudung...dapat lempang free je nanti..haha

Perihal hasad dengki...

Assalamualaikum anda2 para pembaca semua...Orang lelaki sape yang tak pegi masjid solat Jumaat tadi? Meh sini aku bagi makan kasut nak?Apelah nak jadi korang ni tak pegi solat Jumaat ni...*sigh* Yang pegi tu alhamdulillah...

Anyway, harini khutbah pasal hasad dengki so aku pon nak la tulis entry pasal hasad dengki, as a part of tazkirah hari Jumaat and sebagai renungan kita bersama...Ye, aku dengar khutbah tadi walaupon tak brape fokus so i just got a gist of it...cukup la nak berpesan2 pada orang walaupon diri ini tidak lah hebat mane...lepasan sekolah agama je...




So, ade ape dengan hasad dengki ni? Hasad dengki ni ialah satu sifat yang terkeji yang ada pada manusia. Ada 3 jenis orang hasad iaitu orang yang dengki pada kemewahan dan kesenangan orang lain, orang yang dengki dan menginginkan kemewahan dan kesenangan orang lain dan lagi satu orang yang dengki yang menginginkan kesenangan dan kemewahan orang lain dan mengharapkan orang tersebut jatuh...Ni dalam khutbah tadi kalau tak silap aku la pasal jenis2 orang yang dengki ni...


Sifat dengki ni boleh memusnahkan sesuatu kaum, puak, masyarakat, organisasi and even negara... Menunjukan betapa powerful nya sifat keji ni sampai macam tu efek die... Kitak memang tak boleh nak elak daripada berasa dengki dan iri hati tapi jangan lah sampai hasad dengki dan nak menjatuhkan orang... Itu lah sehebat2 hasad.. Kalau tak silap aku, dengki tu kira low level lagi tapi kalau dah hasad dengki tu memag lebey la wey...



So, peliharalah diri kita daripada berhasad dengki dengan orang lain..Kalau kita nampak orang lain lebih senang or lebih kaya or lebih bernasib baik dari kita, usahlah dengki sebab lain orang lain rezeki...Mungkin die tak dapat rezeki yang Allah s.w.t bagi pada kita...So bersyukurlah dengan nikmat yang diberi dan selalulah bersyukur sebab orang yang selalu bersyukur akan Allah s.w.t tambah nikmat padanya...betul tak?


Okay, tu saje tazkirah untuk kali ni..walaupon tak seberapa harap2 ameklah sikit pengajaran....

P/s: Nak pi tengok Naruto, baru siap donlot....eh?kate nak blaja flash? manenye? errr....*mata pandang ke atas*
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -