Popular Post

Showing posts with label wondering. Show all posts

Berblogging sebab duit??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lame dah rasanye x menulis blog yang serupa ini..menyatakan pendapat aku sendiri...bukan susah nak cari idea, tapi masa tak mengizinkan..banyak lagi benda nak buat kan..hehe...bese la student..paham kan?

Anyway, ramai orang yang berblog sebab nak dapatkan duit, tapi berapa ramai yang berjaya dapat duit dari blog? X ramai kan? Sebab? Banyak sebabnye..yang utama ialah x pandai nak promote dan tarik minat pembaca..Mungkin ramai orang yang x sedar, bukan semua orang tu sama...So minat mereka pon berlainan..orang kata rambut sama hitam, hati lain-lain...ye x?So, luaskan skop blog anda dan cuba tarik minat pembaca..baru lah ramai orang nak baca dan follow blog anda..



Sebab lagi?Blog yang x menarik dari segi design..aku tahu blog aku ni x la menarik sangat kan..ala kadar je..tapi aku rasa x sakit pon mata kalau baca blog aku kan?Loading pon aku rasa cepat je..so aku cuba tarik minat dengan menyediakan blog yang senang dibaca dan x kusut kepada otak orang nak baca..haha..

Orang cakap susah nak dapat duit dari blog melainkan anda blogger otai..memang x salah, tapi ape akan jadi kat blogger yang junior2 ni?yang baru nak naik ni?Kena la belajar dari otai2 dan gunakan ilmu yang ada dengan sebaiknye..betul x?usaha tetap usaha..mungkin lambat bangun, mungkin cepat..yang penting ada usaha dari diri sendiri...

Aku nak kata blogger popular pon x, tengok la follower ade brape je..haha..nampak sangat blog cikai kan..tapi aku ade azam baru, cuba nak bagi ape yang pembaca nak baca dan cuba tarik minat pembaca untuk datang ke blog aku..duit pon salah satu sebab, sebabnye aku bukan lah orang kaya..aku pon still student lagi..nak cari kerja yang bergaji banyak tu susah la kan..at least kalau blog ni berjaya, boleh la ade backup sikit untuk masa depan..kira menabung la untuk masa depan..hehe..

K la..later...


p/s:Awak, hari2 saya teringat kat awak...

Blog oh blog...

Ape la nak jadi dengan blog ni..da la tak popular..blogger die lagi la orang xkenal..haha

Anwyay, cuti start semalam (baru sampai rumah) and dah tak tahu ape bende nak buat...haha...

Download cite, tengok cite, download lagi, tengok lagi, maen game, maen dengan kucing2..tu je la..

1 sem study, berat badan naek la pulak...geram betol...Mungkin sebab x banyak bersukan mase kat kolej..asyek study je...Stress kot...

Anyway, harap2 la mase cuti ni boleh kurang sket berat...geram plak tengok berat badan ni naek..adeehh...

Sem depan kena lagi aktif la exercise and maen sukan, walaupon x brape hebat nak maen sukan..haha...




p/s: nak promote balik ke blog aku ni? x perlu la kot...

Once a loner...

Its 1.57am and i'm updating my blog!giler gak la, xpernah aku buat..tp da nak wat camne..da terasa nak update blog..xkesah pon xde orang bace..haha
Once a loner, always a loner..Aku pernah hidup sorang2 dulu, and i can do it again..I don't need anybody in my life, coz i've always make em sad and disappointed..so what's the point?I'm fine by myself..
Surrounded by such friends sometimes makes me feels lucky to have them, but sometimes makes me wanna o back being the lone wolf i am..i don't belong in any pack...
today, a good friend of mine say that she hates me and it struck me in the heart..well, i know she's sad and if she wanted somebody to blame and to hate, i'd be willing to be that person..as long as she's happy..
yeah, i'm just a punching bag and i don't mind..i'm used to..
then there's this other person...
i like her and she's my best friend..and she consider me as her best friend to..but i can't shake this feeling that i like her more than that..sometime i wonder why did i can shake my feelings with my past crushes but not her?She friendzoned me and i'm beginning to accept it..but still can't shake this feeling..probably need some time i guess...
Then there's another person..she said she likes me and even love me, but i don't know if i can respond to her feelings..i don't wanna hurt her..we're so far apart and i'm scared of a long distance relationship..i don't know if i'll be loyal or if she'll be loyal..if i'm the one whose not loyal, i would break her heart and that's the last thing i wanna do..i don't know what i should do..
life is complicated as it can be right now..with other problems..*sigh*


My existence is of no importance to the world..wish i'd just disappear and nobody would miss me..

Macam-macam la...

Manusia ni macam-macam jenis ade la...yang baik n yang xbaik..
Yang annoying sangat2 pon ade..menyampah giler wey..takyah la tunjukkan sangat your immaturity kat public, malu la..
Berlagak macam budak tak matang la wey..menyirap dowh..orang pandang ko macam orang tak betul je..
tetibe menyanyi kat public ramai2, gelak macam orang gile, pastu buat sangat la perangai x matured ko tu macam budak tak cukup umur..rasenye da cukup besar da kot?
tu yang malas nak involve same-same diorang, nanti kalau x involve kate sombong plak..da tu hati aku menyirap menyampah ni ko ade kesah?
lagi satu kes si celaka tu, memang mencabar kesabaran aku la..tahniah la sebab jadi orang pertama yang aku xkan tegur sampai ko mati..
i've done it before and i'll do it again..
mula2 kenal semua baik2..makin lama makin nampak keburukan diri masing2..terpulang pada individu nak terima atau x...and guess u knew what my opinions to u are..well, that is if u read this..
menanti hari2 dimana boleh bernafas dengan lega..insyaAllah lepas hari ni i can focus on what's important..
well, blogging?ikut mood la..ade entry baru ade la...

once again, nak baca, baca
taknak baca xkesa pon

Lelaki VS Wanita : Siri 3

Assalamualaikum...


Dah baca tak 2 entry sebelum ni? So macam mana? Ade yang bengang ke? Maaf la kalau ade yang terasa or bengang or benci kat aku, just menyatakan pendapat aku je...So, entry ni ialah kesimpulan mengenai dua entry sebelum ni...

Lelaki dan wanita memang saling memerlukan didunia ini... Takde lelaki yang boleh hidup normal tanpa wanita dan sebaliknya...So, bila saling memerlukan, perlulah ada sifat saling faham memahami dan sikap toleransi dan bertolak ansur...

Satu hubungan yang baik akan terjalin bila adanya sifat memahami antara satu dengan lain, toleransi, bertolak ansur, bertimbang rasa dan saling mementingkan yang lain... Banyak hubungan yang musnah atau rosak ditengah jalan bila takde sifat2 macam ni...

Wanita diluar sana, bukan semua lelaki tak boleh dipercayai macam yang aku dah cakap dalam entry siri1, sama juga dengan lelaki, bukan semua wanita tu sama, suka mempermainkan perasaan lelaki... Mungkin ada sesetengah diantara mereka yang macam tu, tapi janganlah kerana golongan tu, kita hilang kepercayaan pada yang lain yang baik2...Macam analogi yang aku berikan, dalam sebuah kebun, akan ada buah yang tak baik..takkan disebabkan buah yang tak baik ni, kita terus buang semua buah2 yang ada, betul tak? Kita buang yang buruk saje la..macam peribahasa melayu menyebut, "Buang yang keroh, ambil yang jernih"...


Tak kira samada anda lelaki atau wanita, masing2 ada sifat sendiri... Ada jugak wanita yang tak boleh dipercayai, suka tipu lelaki, suka permainkan perasaan lelaki, tak setia dan sebagainya...Sama juga dengan lelaki, ada yang suka permainkan perasaan perempuan, suka nak mengubah perempuan ikut kehendak dia, suka menggunakan perempuan dan sebagainya.. So tak boleh la kata semua lelaki sama or semua perempuan sama, sebab tak kira anda lelaki atau perempuan, akan ada lelaki2 atau perempuan2 yang ada sifat macam tu, begitu juga ada lelaki2 dan wanita2 yang baik2..So, wanita jangan salahkan semua lelaki bila kita terjumpa seorang lelaki yang kurang baik, macam tu jugak lelaki, jangan salahkan semua wanita kalau kita terjumpa dengan wanita yang kurang baik...

Janganlah putus harapan hanya kerana kecewa sebelum ni...kerana mereka mungkin hadir untuk memberi pengajaran dan menguatkan kita agar bersedia menghadapi dugaan yang mendatang...Sudah kecewa jangan terus kecewa, bangkit semula...

Tapi, jangan dipaksa cinta itu datang, kerana mungkin yang datang itu bukan cinta yang dicari, tapi cinta terpaksa...Aku slalu ingakan diri aku dengan quote ni... "Cinta itu umpama rama-rama, makin dikejar makin lari. Jadi duduklah dan nikmati masa sekarang dan rama-rama itu akan datang dengan sendirinya"... So, usah dikejar cinta, biarkan ia datang sendiri kerana mungkin yang dikejar itu bukan cinta sejati...

Satu lagi, cintalah pasangan anda kerana Allah sebab kalau kita cinta kerana Allah, insyaAllah akan dipelihara dan diberkati serta dirahmati hubungan itu sehingga ke Jannah... Cinta kerana nafsu dan dunia bukan cinta hakiki..tapi membawa mati...

Aku tahu aku bukanlah baik sangat nak bagi nasihat macam2...aku pon cuba mengubah diri aku sendiri...so tak salah rasanya nak kongsi dan mungkin ada yang nak ikut sama berubah....Aku bukan manusia sempurna yang boleh membetulkan semua orang, cuma insan kerdil yang masih mencari sinar cahaya...

Wanita oh wanita : Siri 2

Assalamualaikum...

Entry agak panjang..read at your own risk...


Dalam entry yang lepas, dah cerita pasal lelaki..kali ni pasal wanita plak...Seorang wanita, tugasnya hanyalah untuk menjadi penjaga pada suami dan mendidik anak2...Menjaga kehormatan suami, harta suami, kepunyaan suami, mendidik dan membesarkan anak2...Disebabkan wanita ni istimewa, kerana diberikan tugas yang paling berat iaitu mengandungkan seorrang insan selama 9 bulan dan melahirkannya, maka Allah s.w.t meringankan tugas2 yang lain dan memberi banyak keistimewaan pada mereka... Wanita juga amat dijaga kehormatannya dalam Islam...

Tapi kalau kita tengok wanita2 zaman sekarang ni, ramai yang dah terpesong dari ajaran Islam... Aurat tak lagi ditutup, percakapan tidak lagi dijaga, pergaulan tidak lagi terbatas dan bermacam2 lagi... Satu rahsia aku nak bagitaw pada wanita, nafsu dan keinginan lelaki yang paling besar ialah wanita..memang dijadikan macam tu...So, wanita ni sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam hidup seorang lelaki...Wanita dijadikan dari rusuk kiri Nabi Adam a.s yang mana kedudukannya dekat dengan hati... Maka wanita ini boleh memanipulasi hati lelaki samada kearah kebaikan atau kejahatan..This is a fact... Lelaki akan lemah dengan wanita, yang gay tu tak boleh cakap ape la..tu dah melawan hukum..


Ramai lelaki yang selalu berkata yang wanita ni suka memainkan perasaan lelaki, nak lelaki yang kaya saje, nak lelaki yang hensem, macho, cool saje..nak lelaki yang romantik saje...Nak lelaki yang sempurna yang boleh memuaskan hidup dia saje.. Tapi tahukah anda wahai lelaki, tak semua wanita macam tu? TAK SEMUA ye..sekali lagi caps lock...

Memang ada dikalangan wanita yang menggunakan rupa dan sifat2 manja dan gedik untuk mendapatkan lelaki dan mungkin mempermainkan mereka..Tapi ketahuilah bahawa ada juga wanita yang baik yang tidak ada rupa, takde sifat2 gedik ni tapi masih boleh memikat lelaki menyukainya kerana sifatnya... Perempuan sekarang ramai yang seksi2, pakai tak tutup aurat.. Kalau pakai tudung pon baju nak ketat, singkat.. Wanita2 macam ni la yang selalunya membuatkan lelaki berfikir. "Ape dah takde ke perempuan yang baik2 yang boleh aku jadikan isteri?" Ketahuilah wahai sang lelaki, masih ada wanita2 yang baik... Jangan buruk sangka pada semua wanita hanya kerana adanya wanita2 yang kurang baik seperti ini...Doa lah banyak2 semoga Allah s.w.t pertemukan kita dengan jodoh yang baik..

Satu isu hangat pasal wanita ni ialah pasal dara... Wanita yang takde dara ni selalu dipandang hina dan keji... Patut ke macam tu? Memang dara itu sesuatu yang penting but is it worth it to look down on girls yang dah takde dara? Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Kalau dia takde dara kerana telah melakukan kesilapan pada masa lalu, tapi sekarang ni dah insaf dan bertaubat, kenapa kita tak boleh terima dia sedangkan Allah s.w.t boleh terima taubat hamba2 nya...Isu dara ni memang takkan habis kalau dibincangkan... Sebab terlalu banyak isu dan aspek yang perlu disentuh dan dikaji... Bagi la peluang pada mereka2 ni yang telah tersilap untuk bertaubat dan terimalah mereka seadanya.. janganlah dipandang hina, keji, kotor pada mereka ni... Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Tapi kalau yang takde dara tu tapi masih lagi berseronok melakukan seks tanpa ada rasa kesal sikit pon, tolak la jauh2...



Lelaki2 yang pernah dikecewakan oleh wanita2 ni, ingatlah... Bukan semua wanita seperti yang kita sangka, masih ada lagi yang baik2 dan sudi terima kita seadanya... Asalkan kita ikhlas mencintai mereka dan cinta kerana Allah, maka akan diberkati hubungan kita sampai ke syurga nanti insyaAllah...So, bagi la peluang kalau ada wanita2 yang ikhlas menyukai kita seadanya... Tak perlu mencari yang sempurna, tapi cukuplah yang sempurna buat kita...

Wahai lelaki, ingatlah..wanita ni adalah untuk kita lindungi, kasihi, sayangi dan hormati...Jangan menggunakan pasangan anda hanya sekadar memenuhi nafsu anda dan sekadar ingin berseronok...Ikhlaslah mencintai pasangan anda dan cintailah kerana Allah, kerna nescaya akan diberkati dan dilindungi... Zaman sekarang ni ramai yang berpasangan hanya kerana nak puaskan nafsu masing2, nak rasa seronok, nak rasa up-to-date dengan orang lain...Sedar x sedar hidup dipenuhi dengan dosa...So, tanggungjawab lelaki untuk menahan diri dari bende2 ni dan bimbing wanita atau pasangan anda tu...

Sekali lagi, aku bukan nak salahkan siapa2, sekadar memberi pandangan...Terpulang samada nak terima atau x...

Sambungan siri3 pulak dalam entry akan datang, kesimpulan...

Lelaki oh lelaki : Siri 1

Assalamualaikum...

Entry agak panjang, read at your own risk...


Kali ni aku nak kongsi pandangan aku mengenai tajuk yang besar iaitu lelaki vs wanita... Disebabkan terlalu banyak aspek dan penilaian serta pandangan yang aku nak ceritakan, maka aku dah divide kepada 3 entry ataupon 3 siri yang telah disetkan untuk auto publish...Korang tunggu je la bila2 dia publish nanti...hehe...

First skali ialah pasal lelaki...Aku nak cerita pasal lelaki dari pandangan seorang lelaki iaitu aku sendiri dan juga pada pandangan seorang wanita(mungkin)...

Sebagai seorang lelaki, kita ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk membimbing wanita, menjadi pemimpin, menjadi penjaga, pendakwah dan sebagainya... Lelaki yang mengikut ajaran Islam akan menjadi lelaki yang baik...tapi pada zaman sekarang ni, masih adakah lelaki macam ni?


Zaman sekarang ni ada bermacam-macam jenis lelaki...yang baik ada banyak jenis, yang jahat tu lagi la... Ramai wanita yang mengatakan lelaki ni bila cari pasangan, mesti nak yang cun, yang hot, yang cantik, yang seksi dan sebagainya la.. Ade jugak yang cakap lelaki ni cari pasangan semata2 untuk seronok dan nak puaskan nafsu... Memang tak dapat dinafikan ada lelaki yang macam tu, tapi bukan semua... BUKAN SEMUA ye...siap caps lock lagi tu...

Aku sebagai seorang lelaki juga tahu ada lelaki2 macam ni dalam kaum aku, memang tak dapat dinafikan... Mungkin golongan2 playboy atau yang gemar mempermainkan wanita ni ramai, tapi masih juga ada lelaki yang setia pada yang satu, cuma mungkin wanita2 ni belum jumpa lagi... Mungkin ramai antara lelaki yang mencari pasangan yang hot, seksi, cantik, cun, lawa dan sewaktu dengannya, tapi ada juga lelaki yang tak pandang rupa mahupon harta, cukup pada agama dan akhlaknya.... Kaum wanita mungkin berfikir, "Tak mungkin lah masih ade lagi lelaki yang baik macam tu, semua dah rosak".. Tapi percayalah, kalau mintak dengan Allah s.w.t untuk mendapat jodoh yang baik, insyaAllah akan dimakbulkan... Mungkin Allah hadirkan mereka2 yang tak baik ni untuk menguatkan diri kamu dan memberi pengajaran supaya kamu lebih bersedia dan berhati2 kelak...

Biasa aku dengar dari mulut wanita, " Alah, lelaki ni semua sama je, dah takde yang baik2..semua janji manis tapi tak tepati, semua nak cari awek yang seksi2 je, semua nak seronok2 je..mungkinkah dah takde lagi lelaki yang baik dalam dunia ni?". Bila aku dengar macam tu, kecewa aku.... Disebabkan lelaki2 yang tak baik ni dah memberi pandangan yang tak baik pada wanita2 ni...So, ape akan jadi pada lelaki2 yang baik bila wanita dah pandang lelaki ni as useless dan tak boleh harap? Kesian kat lelaki2 yang baik ( macam aku) ni... Bila nak mencari pasangan mesti kena hadapi dugaan yang hebat...Iye la, bila dah wanita tu susah nak percayakan lelaki, susah bagi lelaki2 yang baik ni nak buka hati wanita2 ni...Mungkin ada yang bila dah kawen pon masih si wanita tak percayakan si lelaki disebabkan lelaki yang pernah lukai dia dulu...


Aku tak suka bila orang cakap yang lelaki ni semua sama je...Sebenarnya tak...pernah dengar tak peribahasa "Rambut sama hitam, hati lain2".. Aku pernah tulis dulu pasal ni kat blog lama..malas pulak aku nak cari keluarkan balik..hehe...Korang tengok adik beradik lelaki, sama mak sama ayah sama tempat tinggal sama makan sama cara membesar..tapi still personaliti mereka akan berbeza..kalau tak beza banyak, mesti akan beza sikit...So, macam mana lelaki yang tak sama mak tak sama ayah tak sama tempat tinggal tak sama makan tak sama cara membesar boleh ada personaliti atau sifat yang sama? Even dalam sebuah ladang buah, ada buah yang baik dan buah yang busuk...Takkan sebab kita jumpa buah yang busuk ni, yang baik2 pon kita nak tolak? Rugi kan?

Aku bukan nak tuding jari pada siapa2...cuma fikir lah dulu sebelum buat...Aku pon bukan sempurna nak nasihat2 orang ni..cuma memberi pendapat aku je...Kalau korang terima, terima la..kalau x, x la...

Wahai wanita2...masih ada lagi lelaki2 yang baik diluar sana..mungkin tak perfect tapi akan ada yang perfect bagi kamu...Mungkin kesan daripada lelaki sebelum ni membuatkan kamu berjaga2 dan berhati2 memilih pasangan, tapi janganlah sampai menolak seseorang yang ikhlas dan sudi menerima kamu tanpa mengharapkan apa2, cuma kasih sayang dari kamu...


Panjang tak? Belum habis lagi ni..part 2 menyusul kemudian, pasal wanita pulak...


Tutrorial yang lain dari yang lain..

Jom join contest anjuran aku kat SINI
 Jom join GA kat SINI
Minta jasa baik kawan2 baca entry kat SINI
Thanks...


Assalamualaikum...


Harini tiba-tiba aku terfikir nak buat tutorial yang lain dari yang lain...Agak2 ade orang nak ikut tak ey? Ye la...aku tahu siapa aku....aku bukan siapa-siapa...


Okay...tutorial yang aku maksudkan ni bukanlah tutorial sangat, lebih pada pengajaran kot? Aku nak buat tutorial belajar bahasa.... English, Japanese atau French. Waaahhh....bagus sangat ke aku ni nak mengajar orang? Aku bukan la hebat sangat nak aajr orang, cuma sekadar berkongsi ilmu...


English tu aku okay la so boleh la nak buat tutorial tu.... Japanese tu kira aku di peringkat beginner nak masuk pertengahan....haha..baca pon merangkak lagi.... Yang French pulak memang aku beginner yang paling beginner... Tapi bahan tutorial dia ade la...cuma tak sempat nak mentelaah lagi...hehe...


Nanti ade la mulut mula cakap aku ni budget bagus la, budget hebat la nak buat tutorial bahasa ni.... Macam la ade orang nak ikut.... Sebab tu aku tanya, kalau ade orang nak ikut aku buat la..sikit2 sekadar kongsi ilmu... Kalau nak belajar kat luar, kena amek kelas and memang kena bayar.... Aku punye aku buat free je la..sikit2 je pon, bukan professional....

Agak2 boleh ngorat awek jepun lepas blaja bahasa jepun, ye tak? haha...

Bukan aku tak sayang bahasa ibunda okay, cuma ape salahnya kalau tambah ilmu belajar bahasa lain, betul tak? 


Lu nak kutuk gua budget bagus? Ade aku kesah?


p/s: agak2 ade ke orang nak ikut? tutorial yang rancang nak buat kat blog satu lagi tu pon tak terbuat...tak terupdate pon blog tu...sadisnya.....

What goes around comes back around...

Assalamualaikum...mintak tolong baca and promote SINI dulu ye sebelum baca...thanks...

Biasa dengar quote di atas? What goes around comes back around...atau dalam pepatah melayu, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat...atau jugak dipanggil hukum karma.... Tapi, betul ke bende ni?


Memang betul la kan...kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik pada kita....begitu jugaklah sebaliknya... Tapi ada juga orang dalam dunia ni buat jahat tapi dibalas baik....begitu juga ada orang dalam dunia ni yang selalu buat baik tapi dibalas jahat.... Dunia tak adil ke? Bukan macam tu ye...Mungkin orang yang buat jahat dibalas baik didunia, tapi di akhirat nanti Allah akan balas dia dengan balasan yang setimpal... Bagi orang yang selalu buat baik tapi dibalas jahat, mungkin Allah nak uji dia didunia dan nanti akan dibalas balasan setimpal diakhirat kelak....


Jumaat lepas kat sekolah, ade ceramah sempena Isra' dan Mi'raj... Dalam ceramah tu, ustazah tu ada sebut.... Kalau kita buat baik dengan ibu bapa kita, anak-anak kita akan buat baik dengan kita 10 kali ganda...begitu juga sebaliknya... Kalau kita buat jahat dengan ibu bapa kita, anak-anak kita nanti akan buat jahat dengan kita 10 kali ganda....takut jugak dengar kalau buat jahat tu kan? Nak pikir banyak kali tak sebelum buat jahat dengan ibu bapa?


Adakah perangai anak-anak sekarang ni jahat dan kurang ajar sebab parents diorang buat macam tu pada mak ayah diorang (datuk nenek)? Mungkin jugak kan? Kita tak tahu macam mana parents kita behave dengan parents diorang masa kecik2 dulu....Yang penting ialah macam mana kita behave dengan parents kita akan melambangkan macam mana anak-anak akan behave dengan kita nanti....


So, buat baik lah selalu dan insyaAllah akan dibalas dengan balasan yang baik, kalau tidak didunia, akan dibalas diakhirat sana....dan jangan ingat kita selalu buat jahat takkan dibalas...kalau tak didunia, tunggu la kat sana nanti....kat mana? SANA la.....


InsyaAllah, lepas ni sume buat baik ye?hehe...

p/s: masih mencari website hosting flash yang free sekali dengan embed code...sapa2 boleh tolong?

Budak sekarang tak sama macam dulu kan?

Assalamualaikum...singgah SINI dulu ye sebelum baca..thanks...


Hari ni rasa nak kupas mengenai tajuk ni..waaahh..macam host tv pulak nak main kupas2...haha...Anyway, perkara ni memang dah lama aku perhatikan, dan nampak lebih jelas dan nyata sejak aku jadi cikgu kat sekolah walaupon baru sekejap....budak2 sekarang ni tak sama macam kita dulu2...kalau korang yang baca sekarang ni dalam kategori budak2 a.k.a budak sekolah, ingat2 la ye....


Kalau budak sekolah rendah, memang banyak main dan tak minat nak belajar...Tapi ade je budak yang boleh excellent dalam pelajaran kan? Tu lain cerita la....Nak cerita sket ni pasal respect.... Budak2 sekarang tak kira la sekolah rendah ke sekolah menengah ke memang susah nak respect cikgu...ade yang tak takut langsung dengan cikgu... Adakah kredibiliti cikgu makin berkurang? Atau budak2 sekarang makin manja makin naik kepala? Jari harus dituding pada siapa? Jangan tuding jari kat orang lain, tapi tuding pada diri sendiri...


Jangan jadi macam ni ye..haha..

Kalau zaman aku dulu, cikgu tu dari jauh lagi nak masuk kelas, budak2 dah duduk kat meja masing2 dan keluarkan buku.... Tapi budak sekarang ni, cikgu dah masuk kelas pon buat dont know je...siap boleh main lari2 lagi dalam kelas...Pastu buku tak bawak, kerja rumah tak siap la...Aku cukup takut kalau kerja rumah tak siap...Aku tanye la nape kerja rumah tak siap, sibuk katanye...banyak kerja rumah lain.... EH??dah kerja rumah aku bagi tu boleh tak siap la ye?? mentang2 aku cikgu ganti je, buat sambil lewa je dengan aku...budak2 tak respect...ade budak panggil aku "bro" macam aku ni member2 dia pulak...sedap mulot je...


Tu budak skolah rendah, yang skolah menengah lagi la macam2 masalah....dengan pergaulan bebasnye....budak pukul cikgu, budak skandal dengan cikgu...macam2 la....gaduh, rokok, bawak barang terlarang tu perkara biasa la...sekarang ni lagi macam2...beranak kat skolah lah, budak skolah pregnent la macam2....ni nak sekolah ke nak buat ape? Kat internet tu berlambak2 video budak skolah main dalam kelas la, raba2 la macam2...nak belajar ke nak ape? Baik duduk rumah je daripada menghabiskan duit mak bapak pegi skolah tiap2 ari...takpon pergi kerja buruh sana...dah sijil takde, blaja tak pandai....pegi la bancuh simen...agak kejam tapi ni la hakikat....blaja tak seberapa, pergi sekolah nak main and "main", pastu nak result pekse gempak, nak blaja tinggi2....releven tak? kalau dah kat skolah pon taknak balajar, nape nak masuk u? pelik la.....


Korang ade macam ni tak?


Pastu tadi dengar cikgu2 cerita2 kat bilik guru...aku duduk tepi je la kan....die cerita la pasal ade anak cikgu ni yang nakal sangat tak dengar cakap sampai parents budak tu pon dah hampir putus asa...bayangkanlah betapa teruk budak tu kalau dah parents sendiri pon dah putus asa nak ajar nak didik nak disiplinkan...taknak dengar cakap, melawan, nakal dan segala macam lagi la...memang susah jadi parents tapi lagi susah kalau anak macam tu...tak tahu la method parents tu tak kena dengan anak ke pe...tapi ade jugak parents yang dah guna segala macam method tapi anak tetap degil taknak dengar cakap...sape tak frust kan.....


So pada yang bergelar anak tak kira la budak ke tak budak....well, lebih pada budak la..jangan la kurang ajar sangat....malas nak cakap panjang2..jangan kurang ajar je senang...

Blog aku, suka hati aku la!!

Biasa tak korang dengar benda ni? Eh! Ape la aku ni..assalamualaikum semua..bangun..good afternoon sir! *afternoon ke?lantak la..haha..* Haa..berbalik pada topik, biasa kan korang dengar ayat kat atas tu? "Blog aku, suka hati aku la nak buat ape! Suka hati aku la nak tulis pasal ape! Suka hati aku la nak design macam mane!" Kan? Kan? Biasa dengar kan?


Biasa blogger memang ade sikap ni, sebab dalam mentaliti mereka, blog tu mereka punya dan sukati mereka la nak tulis ape..Ade betulnya tapi pada certain situations, u cannot think like that..*cewaahh..cikgu bi speaking..haha* Ok..betul la kamu yang tulis, tapi apa tujuan kamu berblog? Everything we do as a blogger will come back to the question, "Why do u blog?" Certain people blog sebab nak share pengalaman or pandangan, certain people blog nak share ilmu pengetahuan tak kira dalam bidang pape pon, some people blog just to express themselfves and macam2 lagi la sebab...So, ke-suka hati-an kamu menulis blog tu bergantung pada sebab kamu berblog...


Kalau kamu blog sebab personal, tulis la pape yang kamu nak. Kalau kamu berblog pasal ilmu pengetahuan, tulis la pape yang kamu nak asalkan menepati ciri2 atau genre ilmu yang kamu nak share dan ilmu tu memberi manfaat pada yang membaca. Kalau kamu berblog sebab untuk express urself, tulis la pape yang kamu nak..


Tapi, yang penting sekarang ni entry yang kamu hasilkan hasil dari sebab kamu berblog tu.. Ade orang nak baca atau tak?Kalau blog kamu personal, dan kamu taknak orang baca pon, so tak kesah la.. Tapi kalau blog kamu personal dan kamu nak orang baca, kena tarik minat mereka yang nak baca tu dengan entry yang menarik.. Entry pasal kamu makan ape, kat mane, dengan siapa for every entry can bore your readers... Iye, kamu suka makan dan kamu nak cerita pasal makan, kamu suka amek gambar sebab kamu comey dan suka buat wordless everyday dengan letak je gambar kamu banyak2 dalam blog, but sometimes orang akan bosan tau..letak gambar comey2 awal2 tu mungkin la orang minat..tapi kalau dah semua entry asyek gambar je, tak ke gedik?


Kalau kamu berblog untuk duit, hasilkan entry yang boleh menarik ramai pembaca, lagi2 pembaca tegar yang mana akan selalu datang blog kamu... Sebab berblog kerana duit ni bukan senang ye? Bukan kamu buat blog harini terus boleh dapat duit..kalau macam tu tak payah kerja lain la.. Semua orang jadi blogger..haha..


In the end, berblog ikut suka hati itu bergantung pada jenis blog kamu, target reader kamu, cara tarikan kamu untuk tarik pembaca dan sebagainye....kalau pembaca suka baca kisah kamu dengan pakwe kamu, tulis la banyak2, kalau reader suka baca pasal pemikiran kamu tentang isu semasa, tulis la banyak2...and so on and so forth..ok?

So...last skali, ingatlah jangan main sesuka hati je tulis apa yang kamu nak tulis, memang blog kamu tapi pikir la pembaca dan kesan blog kamu tu pada orang lain...akhir kata dari aku.."Suka hati aku la nak tulis ape, blog aku kan? hahahahahaha..."

P/s: Tak boleh upload gambar..publish aje la..cis..

Bila aku sudah tiada...

"Bila aku sudah tiada..
Tinggal semua entry ku,
Jangan ditangis selalu.."

Waaa..sedih semacam je intro...haha...Korang apa khabar? Sihat tak? Lama dah tak update blog, ade la dalam 3 hari...hehe... Ade ke yang rindu kat aku? Ade ke yang tunggu aku update blog? Ade la jugak kan...terharu jugak ade orang cari aku bila aku tak update blog..rasa dihargai sangat-sangat...

Anyway, kenapa pulak aku tak update blog? Sebenarnya aku try nak fokus pada benda lain dan saje nak tengok ade tak orang cari aku kalau aku tak update blog...hehe... 



So..ape yang aku buat selama tak update blog ni? Erm...aku buat ape ey? Haaa...aku dah tulis sinopsis untuk cerpen bersiri tu...ade la dalam 9 bab...tapi sinopsis bab je la..belum tulis betul2 lagi...hehe..nak bagi habis tulis plot dulu pastu baru start taip...Agak-agak kalau aku publish episod baru seminggu dua kali okay tak?


Lepas tu aku fokuskan untuk belajar flash... Terkial-kial jugak aku buat flash..haha... Lame baru siap satu flash animation sahaja yang simple.... Nak tengok tak hasil die? Tengok kat SINI dan korang bagitau la ape pendapat korang ye...


Pastu...aku buat ape lagi ey? Erm...ade la berlatih balik untuk melukis walaupon da lame giler tak melukis... Burok giler lukisan aku..haha... Pastu aku habiskan tengok anime...Erm..ape lagi aku buat entah? Haha...


Anyway, aku akan mula update blog macam biasa..bila ade idea la..Mase tak update tu pon ade jugak idea tapi tak tertulis.. Kalau aku tulis nanti korang baca la..hehe... Owh, nantikan contest aku yang pertama kat blog lagi satu tu..Korang sume join la nanti ye...hehe..


Baru dapat call pagi tadi dari Pejabat Pendidikan Daerah.. Aku dapat jadi guru ganti.. Korang rasa patut tak aku ambil?

Cinta Dunia Siber...boleh berlaku ke?

Korang biasa tak dengar pasal cinta di alam maya atau dunia siber ni? Senang cakap cinta online la...Ade member aku yang tak setuju dengan aku dan dia cakap, at least kalau nak fall in love with someone, kena jumpa dulu sekali... I mean, penting ke jumpa depan-depan tu?


Orang biasa cakap yang cinta itu buta dan membutakan, betul tak? Tapi buta dari segi mana? Biasa kalau kat dunia nyata, orang akan jatuh cinta dengan rupa paras dulu sebelum dia kenal hati budi, kan? Tapi, kalau dah jatuh cinta hanya kerana rupa paras, cinta pada rupa paras tu akan membutakan orang tu dan dia mungkin tak nampak perangai dan sifat sebenar orang yang dicintai itu.. Mungkin orang yang dia cinta tu sebenarnya berperangai buruk, ingkar suruhan Allah s.w.t, selalu berbohong, curang, dan sebagainya tapi disebabkan kita jatuh cinta pada rupa paras dia, kita tolak tepi semua tu sebab kita dah dibutakan..


Berbeza pulak kalau cinta di alam maya...Mungkin ada yang ada letak gambar or video dia untuk korang tengok, tapi tu hanya gambaran, bukan dia yang sebenarnya.. Blogger yang aku kenal macam Tia dengan Sergeant Keroro, diorang tak letak pon gambar diorang kat blog tapi orang boleh tertarik dengan penulisan mereka, personaliti mereka dalam dunia blog dan tak mustahil orang boleh jatuh cinta pada mereka, betul tak? Aku personally memang suka diorang dan blogger2 lain yang rapat ngan aku kat dunia blog ni, even kalau jumpa kat luar pon aku tak kesah macam mana rupa diorang, even kalau Sergeant Keroro tu memang betul rupa alien..haha..Sebab apa yang menarik minat aku pada diorang bukanlah pada rupa mereka tapi pada hati budi dan personaliti mereka..


Yeaa, memang betul sekarang ni banyak kes orang kena tipu sebab bercinta kat Internet kan? Tapi yang dia tak tahu ada jugak pasangan yang berjumpa dalam chat room, or blog or mana2 saja kat dunia siber ni, then berjumpa kat dunia nyata dan berkahwin malahan lebih bahagia daripada pasangan2 yang berjumpa di dunia nyata...Bukan sorang dua tapi ramai ye... So aku nak tanya korang, mustahil tak cinta itu boleh berputik di dunia siber?



Aku rasa ada kelebihan kita kenal orang kat dunia siber ni tapi kena berhati-hati lah... Misal kata kalau nak ngorat awek kat dunia nyata, kena la pakai smart2, bau kena wangi2, rambut nak kena kemas, cakap kena ade gaya gentleman dan sebagainye, betul tak? Tapi dalam dunia maya, semua tu tak penting... Yang penting kita dapat sampaikan perasaan kita pada orang tu... Kalau dia rasa selesa dengan kita, rasa seronok bila chatting ngan kita, rasa rindu walaupon tak pernah bersemuka depan2, boleh kita cari dia kalau ade masalah atau perkara nak diluahkan, bukankah itu sudah cukup untuk kita attach dengan orang tu emotionaly?


So? Macam mana pendapat korang? Korang rasa boleh berlaku ke cinta dunia siber ni? Sape bangkang aku jentik hidung dia...hahahahaha..

Pandangan manusia...

Apa yang korang nampak dari gambar ni?


Diberi 2 situasi:
  • Seorang bekas banduan yang melakukan kebaikan
  • Seorang ustaz yang mencuri sekali
Soalan..daripada 2 situasi diatas, ape yang korang nampak? Bekas banduan atau kebaikan yang dilakukan? Seorang ustaz atau perbuatan mencuri yang dilakukan?


Mula2 dari gambar tu..ape yang korang perasan dulu? Bintik hitam itu atau background putih dibelakangnya? Manusia biasa pasti akan perasan titik hitam tu dulu daripada background putih tu..betul?

Seorang bekas banduan yang melakukan kebaikan. Orang biasa akan pandang die sebagai seorang bekas banduan dan tak kesah la ape saje kebaikan yang die buat, orang tetap akan nampak die sebagai seorang beaks banduan.

Seorang ustaz yang mencuri. Orang biasa akan lebih focus at the fact yang die mencuri, walaupon sekali. Despite of being a good man, orang akan choose to see him as a thief...


So, u see....ni la yang aku ceritakan pada entry lepas about seeing the bigger picture or seeing things as a whole, not just as parts...Manusia ni lebih fokus pada benda kecik dan remeh padahal ade benda yang lebih besar yang patut lebih dirisaukan dan lebih diberi tumpuan...

Mungkin ada sebilangan kecil daripada korang yang punya jawapan berbeza dan kerana itu, aku ucapkan tahniah...dan pada yang jawap macam jawapan yang aku bagi diatas, jangan risau sebab korang normal..tapi ubahlah pemikiran tu and try to see the bigger picture..okay?


Enuf said...

Weekend is here!

Its the weekend ya'll!!Pe yang korang buat hujung2 minggu ni? Owh...sebelum mula pape mintak korang bace SINI dulu boleh? Thanks...


Alrite, biasa hujung2 minggu ni korang buat ape? Tak pe jalan2 ke enjoy ke mane2? Jangan la jadi macam aku terperap je kat rumah...hehe...sebab aku biasa duduk rumah je sebab aku takde hala tuju pon kalau aku keluar rumah... Lagipon aku bukan ade transport...haha...

Biasa kalau weekends ni yang aku dapat perhatikan ialah kurang orang berblogging, betul tak? Yela..biasa blogging kat tempat kerja kan, Internet pon laju...Dah cuti camne nak online..betul tak?*macam tahu2 je aku*.. Mungkin jugak ade kerja mase weekend..kerja melepak dan merayau segala macam mall yang ada..kan?kan? haha...


So tinggal la aku ngan blogger2 tegar yang lain dok duduk depan laptop masing2 berblogging....tunggu2 orang tak datang...hehe...macam tu la aku rase bile weekend...Honestly aku tak rase pape pon bile weekend sebab aku dah hari2 cuti....dah bosan dengan cuti...orang lain mungkin excited bila tiba weekend pastu dok nyanyi2 lagu Rebecca Black tu...haha...


Anyway, ape yang korang buat mase weekend? Cite la sket same2 kongsi...ye tak? Korang tinggal la komen kat sini, aku nak sambung tido balik..haha..nanti da bangun aku cek komen korang... =P

Off blogging...

"Hurm...aku rase aku nak off blogging la....nak buat keje yang ade faedah sikit....bukan ade orang nak baca pon blog aku ni...bukan ade orang kesah pon kalau aku tak berblog lagi...baik aku bunuh diri blog aku ni..."


Ape korang rase kalau entry aku betul2 start dengan ayat tu? Jujur okay? Aku tau ramai yang takkan rase pape kan? Anyway, aku bukan la nak off blogging cuma tajuk tu mau bikin propaganda je..haha...*macam tau je pe maksud propaganda tu..=P*

Anyway, ape yang aku nak ceritakan or actually lebih pada ape yang aku nak tanye korang ialah, ape yang korang buat bile korang tak berblog or "off blogging"? Maksudnye selain blogging, ape lagi yang korang buat? Takkan 24 jam dok blogging je kan? Memang blogger tegar giler macam tu...haha....




So, selain blogging, dan maksud aku blogging ni termasuklah blogwalking, baca entry, tulis entry, edit entry, edit template, cari template, tukar header dan sebagainye yang ade bersangkut paut dengan blog walhal ade bau-bau bacang juga dengan blog, tu sume dikira berblogging...Ape yang korang buat selain berblog selain perkara2 asas seperti makan, minum, berak, kencing, korek hidung, makan lagi, korek hidung lagi, kencing lagi, makan lagi lagi, minum pulak dan makan lagi lagi lagi...hahahaha...


Ape yang aku buat kalau tak blogging? Aku akan buat la perkara2 asas seperti diatas...Then mungkin aku akan main photoshop, or buat masa ni aku dalam proses nak blaja flash so aku akan tengok video berkaitan tutorial flash, then mungkin aku akan layan youtube kejap, kejap tu ade la dalam sejam dua tiga jam...haha... Then aku akan bagi kucing aku makan, main ngan kucing aku, bersihkan litter box diorang, then basuh tangan aku kalau kena cakar, then marah diorang sebab cakar aku..haha...TV? Sorry not a fan...jangan tanye aku pape pasal TV sebab aku tak tahu...keluar berjalan2? Mungkin 3-4 bulan sekali kalau duduk kat rumah ni...Kalau kat universiti dulu slalu la jalan2 kalau takde keja...even pergi lepak2 kat cafe juga dikira berjalan2...hehe...erm..ape lagi yang aku buat ey? Tu je la yang aku terfikir..YES! Hidup sebagai seorang aku sangat bosan...haha...



So, korang pulak camne? Pe yang korang buat bila korang off blogging? Kepada yang komen entry2 aku, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih..walaupon aku tak reply komen korang, tapi insyaAllah akan aku lawat blog korang sebagai tanda aku hargai korang...yang tak sempat aku lawat lagi tu akan aku lawat jugak insyaAllah...


Kepada seseorang yang cakap entry aku panjang , lebar, besar dan sebagainye...enjoy la bace entry ni ye..anda tahu siapa anda...hehehehehe... Panjang ke entry ni? =P

Ape guna follower beriban kalau...

Sape boleh sambung tajuk kat atas tu?Eh..lupe la pulak...

"Assalamualaikum..Sari berita penting..bla...bla..bla.."
kalau nak tengok berita pegi la tengok berita, sini blog la..haha...


Okay, mengarut disitu... -_-"  Anyway, aku nak cakap pasal ape kali ni ey? Owh..lupe plak..follower beriban or bahasa baiknye beribu-ribu lemon..yeke?  Isu berkaitan follower ni memang isu yang takkan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas macam adabi tu..sebab ape? Sebab selagi ade blog dan blogger, selagi tu la akan ade follower...

Ape bende follower2 ni? Bahasa melayu die kalau tak faham english ialah pengikut...Faham tak murid-murid? Bagoooosss... Anyway, follower ribu2 tak guna jugak kalau reader yang slalu datang blog korang takde..betul tak? Ape pulak beza reader dengan follower ni? Tak same ke?


Follower macam ni ke?

Follower ialah mereka2 yang korang nampak kat sidebar korang kat gadget follower tu...Senangnye jadi follower ni ialah dengan hanya klik button follow dan pastu klik pulak button follow this blog..Senang kan? Sedikit tutorial disitu macam mana nak jadi follower..haha...Tapi adakah follower itu juga reader?

Reader pulak mereka yang datang blog korang which actually READ your entry..Yes, this is the kind of person that you want to be following your blog. I know I am...Lepas baca tinggal komen juga reader yang baik..tapi jenis komen macam mana tu cerita lain la ye...


Reader macam ni yang kita mahu, sampai terbeliak mata..haha


So, persoalannye..Ape guna ade follower ribu2 tapi takde yang bace entry? Senang cerita die macam tu la kan...tengok kat sidebar follower ribu2 sampai tak cukup sidebar nak letak follower..tapi bila tengok entry kite sendiri yang komen kat entry tu...sad isn't it?

Follower yang tak boleh pakai ialah yang mengamalkan "I follow u, u follow me back". This kind of follower is....is.......I don't have any words for them because even if I have words for them, it will be insulting... Aku tak pernah buat macam ni even kat blog aku yang lagi satu tu..Aku tahu most of my follower kat blog tu follow sebab nak aku follow balik, sebab bile aku tengok entry ngan komen, brape sangat la yang komen kan...trafik pon tak boleh nak lawan dengan mereka2 yang follower lebih sikit dari aku...


So u see, bagi aku bilangan follower tak bagi makna yang besar because in the end, kita jugak yang truly tahu sape yang betul2 baca blog kita...There's a special place in my heart and mind for these kind of followers and I thank you all for following me. Follower macam ni yang buat aku lebih semangat nak blogging. Its not the numbers, its the quality..betul tak?

So, aku nak tanye korang..ape guna follower beriban kalau takde orang bace and komen entry korang??


Patut ke promote blog?

Morning sume!

Pagi2 dah tulis entry..haha..pe de hal kan..blog aku, bile2 aku nak tulis entry pon ikot aku la kan...

Anyway, nak tanye la pendapat korang2 yang sudi bace blog aku yang tak seberapa ni....

Korang rase patut tak aku promote blog aku yang ni?

Mungkin ade orang yang lagi minat blog personal dari blog informasi kan...I'm just saying...

Mane la taw blog ni pon boleh tarik orang...at least boleh tarik korang2 yang bace sekarang ni kan?

hehe...


So..mintak tolong ey sape2 yang bace tu bagi komen...


THANKS!

What to do today??

Morning! It is 7.21am when I started writing this entry...It's a  Monday morning and I know ramai orang yang tak suka Monday...Monday la hari nak mula kerja, nak mula sekolah and whatever...Tapi memandangkan sekarang ni cuti sekolah maka takde la sekolah dan takde lah kerja bagi cikgu2...

Anyway, sejak dua menjak ni macam jadi makin malas pulak or actually, jadi makin bosan... Dah mula skip daily workout and exercise...Nak buat tutorial ngan entry kat blog lagi satu tu pon asyik tangguh je...Tak tahu la ape nak jadi...haish... (-_-")

So plan harini...I'm breaking the habit! eh..is that the right expression? Ntah la..yang aku tahu hari ni aku nak cuba buat bende2 yang aku tangguh tu..tu la azam aku tiap2 hari tiap2 kali bangun tido...Nak cuba buat bende2 yang tertangguh or nak buat something baru... Kadang2 je bile aku bangun tido aku nyanyi lagu Lazy Song by Bruno Mars tu....haha...



Well, anyway...have a good day korang sume yang baca blog aku ni! Yang tak baca pon aku ucap have a good day jugak...haha
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -