Popular Post

Showing posts with label cerpen. Show all posts

Cerpen Blogger bersiri - Tajuk dan persediaan

Setelah korang semua memberi pendapat dan pendapatan, maka yang bagi pendapat tu dengan sebulat suara memilih satu tajuk untuk cerpen bersiri ni... Cadangan tajuk adalah dari Ibnu Isa so credit to him la..

Tajuk yang telah dipilih ialah...

"Kembara Cita Cinta Tia"

Okay tak tajuk ni?


So, sekarang ni nak bangunkan jalan cerita pulak..setakat ni aku dah buat draft sampai bab 3..aku buat pendek2 je cerita, kate cerpen kan...so mungkin banyak bab kalau aku rajen nak panjangkan cerita...kalau dah malas nak buat aku matikan la watak sorang2..hahaha..





Nampak tak? Jangan la tengok katil aku yang cantik tu..haha...Ni la persediaan yang aku dah buat...dah draft ringkasan bab sampai bab 3..Kalau korang boleh nampak tulisan tu kire spoiler la kat korang...hehe...Tunggu la kemunculan bab pertama lepas aku draft habis-habisan..hehe...

Aku rase macma terabai je blog aku yang lagi satu tu...tutorial pon tak jalan kat blog tu...kena balik sana kejap la..gilir2 kan...rumah no 1 ngan rumah no 2...bini no1 ngan bini no 2..hahaha...

Anyway, arini bday aku dan aku dapat ape yang aku hajatkan iaitu takde sambutan dan takde kek..haha..

Okay, nak pi sambung wat keje...
Tag : ,

Cerpen Blogger bersiri - Cadangan Tajuk

Sinopsis dan pengenalan watak di SINI

Setelah berhempas pulas memikirkan tajuk untuk cerpen bersiri ni, so kat bawah ni ade beberapa list cadangan tajuk untuk digunakan...Mintak korang bagi cadangan dan pilih la mane yang korang rase sesuai ye...

Cadangan tajuk novel:

"Tia"

"Ini Kisah Tia"

"Ini Kisah Tia, aku dan Freaky"

"Biar aku buka hatimu"

"Sekilas Tia disisi Freaky dan Kei"

"Kisah aku, Freaky dan Tia"

"Kembara Cita Cinta Tia"

"Cinta suci Tia"


So, mintak bagi pendapat ey mane2 yang korang rase sesuai untuk tajuk..
Dah ade tajuk baru boleh aku mulakan dengan prologue..hehe..
Nanti aku nak design muka depan untuk versi buku cerpen bersiri ni pulak..

Tag : ,

Cerpen Blogger bersiri - Sinopsis dan pengenalan watak..

Ini ialah sinopsis dan pengenalan watak berkaitan dengan cerpen bersiri yang akan aku karang nanti.. Tajuk masih dalam pemikiran dan aku alu-alukan cadangan korang sume untuk tajuk..

Watak2 yang dipamerkan hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup dan yang tidak hidup. Kalau ade kaitan itu hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan..haha...


Sinopsis
Tia merupakan seorang gadis desa yang dapat melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Tia seorang gadis yang tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan di kota kerana dibela dengan baik oleh ibu bapa nya sejak dari kecil. Disitu Tia bertemu Freaky dan Freaky jatuh hati pada Tia dan cuba memikat Tia. Namun Tia telah jatuh hati pada orang lain iaitu Kei Seichi. Cerpen bersiri ini akan memaparkan kisah suka,duka, pengorbanan, cinta, kekecewaan, fitnah, khianat dan segala macam karenah kehidupan manusia.



Watak-watak










Tu la watak2 yang akan muncul dalam cerpen ni..haha..korang rasa macam mane dengan pemilihan watak2 ni? Kalau nak buat drama TV boleh la guna mereka2 ni..haha... 

Sape rasa aku patut stop buat bende ni? Sape kate aku patut stop aku akan stop la ye...hehe...

Jangan marah tau, gurau2 je...

Sape lagi nak masukkan watak die dalam cerpen pendek ni bagitaw la ye... InsyaAllah aku akan masukkan setelah memikirkan watak yang sesuai...

Pada yang telah terpilih, kalau2 nak ubah watak bagitaw ey...sorry yang jadi jahat tu..kena ade la jugak watak jahat kan...hehe...

So, tinggalkan pendapat korang ye?


Tag : , ,
Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -