Popular Post

Friday, April 20, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam dunia ni, ada banyak jenis orang dan dua antaranya ialah Jack dan Aces. Jack ni atau nama penuhnye Jack of All Trades ialah orang yang ada banyak skill atau dia tahu banyak perkara, tapi bukan secara mendalam. Aces pulak ialah mereka yang mahir dalam sesebuah perkara.

Contoh, dalam belajar kat universiti, ada orang yang boleh bawak semua subjek tapi tidak secara mendalam. Kemudian, Aces pulak, die jugak boleh bawak semua subjek, tapi ade beberapa subjek yang kalau kita tanye, memang die la yang paling hebat.



Ape kelebihan jadi Jack atau Aces ni?

Misal kata dalam sukan bola sepak, Jack ni boleh main semua posisi tapi tidak sehebat Aces yang boleh main 1 posisi seperti penjaga gol. Jack boleh jadi penjaga gol tapi Aces lebih hebat dari segi menjaga gol. Jack jugak boleh main midfielder tapi ada lagi Aces yang memang pakar menjadi midfielder. Nampak x perbezaan die?

So, anda rasa anda Jack atau Aces? Jack boleh pergi ke mana-mana tempat tapi bila ada Aces di tempat tu, mereka akan lebih prefer untuk Aces. Mestilah kita nak ambil pakar dalam sesuatu bidang tu bekerja daripada ambil yang tak seberapa kan?




Jadi, fikirkanlah. Perkara ini memang terjadi dalam kehidupan kita, cuma sedar atau tidak. Boleh jadi Jack, tapi cuba cari bidang yang betul-betul sesuai dengan kita dan jadilah Aces dalam bidang tersebut.

Aku Jack ke Aces? Masih mencari lagi, tapi aku rasa aku dah jumpa bidang aku..hehe



p/s : Awak, rindu nak baca blog awak..hehe

2 Responses so far.

  1. mgkin sy hanyalah jack yg tidak mempunyai kelebihan tertentu..tapi sy kuasai semua bidang itu..insyaAllah^^

  2. bagus2..kuasai banyak bidang boleh buat macam2..hehe

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -