Popular Post

Thursday, August 4, 2011

Assalamulaikum...

Ape khabar korang arini? Puasa tak? Alhamdulillah, bagus la semua puasa kan...Jangan puasa curi2 makan pulak, masing2 da besar kan.. Bukan macam budak2 kat skolah aku tu..diorang sume kecik2 lagi...hehe...

Anwyay, pernah dengar x lirik lagu yang aku guna untuk tajuk entry ni? Pandai2 la cari sendiri kalau tak tahu...hehe.... Biasa orang update entry pasal bulan puasa, buka makan ape, sahur makan ape, betul tak? Tapi aku buat la entry berdasarkan ape yang aku fikir sekarang ni, samada berkaitan puasa atau x... Memang ada idea nak tulis pasal puasa, tapi tulis la yang ni dulu...


Melalut dah aku ni..Ok, back to the point...

Kacak luar, kacak dalam..sama la jugak dengan cantik luar, cantik dalam.. Mana satu pilihan hati korang? Antara pasangan yang cantik luar tapi x cantik dalam, dengan pasangan yang tak cantik luar, tapi cantik dalam...Cantik luar ni biasa la, cun, hensem, macho, ayu, comel dan sebagainya....Cantik dalam pulak ialah baik budi pekerti, baik hati, baik akhlak dan segala macam lagi la yang baik2...So, korang akan pilih yang mana?


Personally bagi aku, kalau aku dah kenal orang tu baik dalam dia, tak kesah sangat macam mana rupa luaran dia...Tapi kalau aku kenal orang tu cantik luar, tapi x cantik dalam...memang boleh jadi tak berminat lepas tu... Mana korang nak? Pasangan yang hormat mak ayah korang tapi x berapa cantik berbanding dengan pasangan yang agak kurang ajar dan kasar dengan mak ayah korang tapi luar cantik... Mesti mak ayah korang pon berkenan dengan yang baik dalam kan...tak tahu la kalau ade mak ayah yang jenis pandang rupa, harta tapi x kesah pon perangai macam setan..asalkan duit banyak..


Personally jugak bagi aku, kalau aku dah suka pada seseorang tu, walaupon orang lain cakap dia tak cantik, tapi bagi aku dia akan jadi cantik walaupon rupa dia berubah jadi buruk...Biarlah orang lain cakap dia tak cantik, tapi bagi aku dia cantik..Senang jugak aku macam tu, orang lain takkan pandang dia, senang ati aku...takde nak risau2 kena kebas..biar aku sorang je suka kat dia..hehe...


So, korang pulak macam mana? Mana satu menjadi pilihan?

p/s: selamat berbuka puasa =)

4 Responses so far.

  1. klau zaman skrg..susah nak carik yg cntik dlm n luar..klau cntik luaran..mmg bnyk..dalaman..urm..susah nye..
    tapi..kalau boleh,biar lah rupa luaran tu sedap mata memandang..x hensem, x cantik, xpe la..asalkan sedap mata ni memandang..dalam pulak..mmg lah wajib cantik.. :D

  2. hehe, aku pon sama gak macam tu XD

    kenal dalam dulu baru fikir yang luar :P

  3. Bigdaddyz says:

    jangan memilih sangat ...semua telah di jodohkan buat macam mana pun tetap yang itu juga hak kamu....:)

  4. teringin nak menjadi cantik..sebab lelaki selalu demand tinggi..hurmm

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -