Assalamualaikum...
Entry agak panjang..read at your own risk...
Dalam entry yang lepas, dah cerita pasal lelaki..kali ni pasal wanita plak...Seorang wanita, tugasnya hanyalah untuk menjadi penjaga pada suami dan mendidik anak2...Menjaga kehormatan suami, harta suami, kepunyaan suami, mendidik dan membesarkan anak2...Disebabkan wanita ni istimewa, kerana diberikan tugas yang paling berat iaitu mengandungkan seorrang insan selama 9 bulan dan melahirkannya, maka Allah s.w.t meringankan tugas2 yang lain dan memberi banyak keistimewaan pada mereka... Wanita juga amat dijaga kehormatannya dalam Islam...
Tapi kalau kita tengok wanita2 zaman sekarang ni, ramai yang dah terpesong dari ajaran Islam... Aurat tak lagi ditutup, percakapan tidak lagi dijaga, pergaulan tidak lagi terbatas dan bermacam2 lagi... Satu rahsia aku nak bagitaw pada wanita, nafsu dan keinginan lelaki yang paling besar ialah wanita..memang dijadikan macam tu...So, wanita ni sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam hidup seorang lelaki...Wanita dijadikan dari rusuk kiri Nabi Adam a.s yang mana kedudukannya dekat dengan hati... Maka wanita ini boleh memanipulasi hati lelaki samada kearah kebaikan atau kejahatan..This is a fact... Lelaki akan lemah dengan wanita, yang gay tu tak boleh cakap ape la..tu dah melawan hukum..
Ramai lelaki yang selalu berkata yang wanita ni suka memainkan perasaan lelaki, nak lelaki yang kaya saje, nak lelaki yang hensem, macho, cool saje..nak lelaki yang romantik saje...Nak lelaki yang sempurna yang boleh memuaskan hidup dia saje.. Tapi tahukah anda wahai lelaki, tak semua wanita macam tu? TAK SEMUA ye..sekali lagi caps lock...
Memang ada dikalangan wanita yang menggunakan rupa dan sifat2 manja dan gedik untuk mendapatkan lelaki dan mungkin mempermainkan mereka..Tapi ketahuilah bahawa ada juga wanita yang baik yang tidak ada rupa, takde sifat2 gedik ni tapi masih boleh memikat lelaki menyukainya kerana sifatnya... Perempuan sekarang ramai yang seksi2, pakai tak tutup aurat.. Kalau pakai tudung pon baju nak ketat, singkat.. Wanita2 macam ni la yang selalunya membuatkan lelaki berfikir. "Ape dah takde ke perempuan yang baik2 yang boleh aku jadikan isteri?" Ketahuilah wahai sang lelaki, masih ada wanita2 yang baik... Jangan buruk sangka pada semua wanita hanya kerana adanya wanita2 yang kurang baik seperti ini...Doa lah banyak2 semoga Allah s.w.t pertemukan kita dengan jodoh yang baik..
Satu isu hangat pasal wanita ni ialah pasal dara... Wanita yang takde dara ni selalu dipandang hina dan keji... Patut ke macam tu? Memang dara itu sesuatu yang penting but is it worth it to look down on girls yang dah takde dara? Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Kalau dia takde dara kerana telah melakukan kesilapan pada masa lalu, tapi sekarang ni dah insaf dan bertaubat, kenapa kita tak boleh terima dia sedangkan Allah s.w.t boleh terima taubat hamba2 nya...Isu dara ni memang takkan habis kalau dibincangkan... Sebab terlalu banyak isu dan aspek yang perlu disentuh dan dikaji... Bagi la peluang pada mereka2 ni yang telah tersilap untuk bertaubat dan terimalah mereka seadanya.. janganlah dipandang hina, keji, kotor pada mereka ni... Mereka juga manusia, tak lari dari kesilapan... Tapi kalau yang takde dara tu tapi masih lagi berseronok melakukan seks tanpa ada rasa kesal sikit pon, tolak la jauh2...
Lelaki2 yang pernah dikecewakan oleh wanita2 ni, ingatlah... Bukan semua wanita seperti yang kita sangka, masih ada lagi yang baik2 dan sudi terima kita seadanya... Asalkan kita ikhlas mencintai mereka dan cinta kerana Allah, maka akan diberkati hubungan kita sampai ke syurga nanti insyaAllah...So, bagi la peluang kalau ada wanita2 yang ikhlas menyukai kita seadanya... Tak perlu mencari yang sempurna, tapi cukuplah yang sempurna buat kita...
Wahai lelaki, ingatlah..wanita ni adalah untuk kita lindungi, kasihi, sayangi dan hormati...Jangan menggunakan pasangan anda hanya sekadar memenuhi nafsu anda dan sekadar ingin berseronok...Ikhlaslah mencintai pasangan anda dan cintailah kerana Allah, kerna nescaya akan diberkati dan dilindungi... Zaman sekarang ni ramai yang berpasangan hanya kerana nak puaskan nafsu masing2, nak rasa seronok, nak rasa up-to-date dengan orang lain...Sedar x sedar hidup dipenuhi dengan dosa...So, tanggungjawab lelaki untuk menahan diri dari bende2 ni dan bimbing wanita atau pasangan anda tu...
Sekali lagi, aku bukan nak salahkan siapa2, sekadar memberi pandangan...Terpulang samada nak terima atau x...
Sambungan siri3 pulak dalam entry akan datang, kesimpulan...
semua org nak mengejar kesempurnaan..padahal semua org tak sempurna...^^
first of all i want to THANK YOU, sbb awk ni betul2 menghargai wanita :)
2nd of all, percayalah dgn janji Allah bahawa wanita yg baik utk lelaki yang baik..klw diri tu x sempurna jgn diharapkan bidadari dari syurga.
nice entry, keep it up :)
http://dlangitbiru.blogspot.com/
nice on kei, fully explaination :)
sdg cuba mnjadi yg terbaik...
:)