- Back to Home »
- Rambling , random , Rants , wondering »
- Lelaki VS Wanita : Siri 3
Assalamualaikum...
Dah baca tak 2 entry sebelum ni? So macam mana? Ade yang bengang ke? Maaf la kalau ade yang terasa or bengang or benci kat aku, just menyatakan pendapat aku je...So, entry ni ialah kesimpulan mengenai dua entry sebelum ni...
Lelaki dan wanita memang saling memerlukan didunia ini... Takde lelaki yang boleh hidup normal tanpa wanita dan sebaliknya...So, bila saling memerlukan, perlulah ada sifat saling faham memahami dan sikap toleransi dan bertolak ansur...
Satu hubungan yang baik akan terjalin bila adanya sifat memahami antara satu dengan lain, toleransi, bertolak ansur, bertimbang rasa dan saling mementingkan yang lain... Banyak hubungan yang musnah atau rosak ditengah jalan bila takde sifat2 macam ni...
Wanita diluar sana, bukan semua lelaki tak boleh dipercayai macam yang aku dah cakap dalam entry siri1, sama juga dengan lelaki, bukan semua wanita tu sama, suka mempermainkan perasaan lelaki... Mungkin ada sesetengah diantara mereka yang macam tu, tapi janganlah kerana golongan tu, kita hilang kepercayaan pada yang lain yang baik2...Macam analogi yang aku berikan, dalam sebuah kebun, akan ada buah yang tak baik..takkan disebabkan buah yang tak baik ni, kita terus buang semua buah2 yang ada, betul tak? Kita buang yang buruk saje la..macam peribahasa melayu menyebut, "Buang yang keroh, ambil yang jernih"...
Janganlah putus harapan hanya kerana kecewa sebelum ni...kerana mereka mungkin hadir untuk memberi pengajaran dan menguatkan kita agar bersedia menghadapi dugaan yang mendatang...Sudah kecewa jangan terus kecewa, bangkit semula...
Tapi, jangan dipaksa cinta itu datang, kerana mungkin yang datang itu bukan cinta yang dicari, tapi cinta terpaksa...Aku slalu ingakan diri aku dengan quote ni... "Cinta itu umpama rama-rama, makin dikejar makin lari. Jadi duduklah dan nikmati masa sekarang dan rama-rama itu akan datang dengan sendirinya"... So, usah dikejar cinta, biarkan ia datang sendiri kerana mungkin yang dikejar itu bukan cinta sejati...
Satu lagi, cintalah pasangan anda kerana Allah sebab kalau kita cinta kerana Allah, insyaAllah akan dipelihara dan diberkati serta dirahmati hubungan itu sehingga ke Jannah... Cinta kerana nafsu dan dunia bukan cinta hakiki..tapi membawa mati...
Aku tahu aku bukanlah baik sangat nak bagi nasihat macam2...aku pon cuba mengubah diri aku sendiri...so tak salah rasanya nak kongsi dan mungkin ada yang nak ikut sama berubah....Aku bukan manusia sempurna yang boleh membetulkan semua orang, cuma insan kerdil yang masih mencari sinar cahaya...
like that quote so much^^
kalau cinta kerana rupa, wajah akan tua berkedut juga, kalau cinta kerana kekayaan, wang ringgit akan susut juga, tapi kalau cinta kerana Allah, insyallah sampai syurga, tak perlu wang berjuta, tak perlu wajah lawa :D
salam.saya ada terbaca kat satu blogni.."berhentilah mencari,tetapi berusahalah menjadi"..(maksudnya,kita hendakkan,mencari yang baik,soleh/solehah,tetapi diri sendiri tidak berusaha menjadi soleh..apakata kita berusaha menjadi soleh.InsyaAllah,lelaki yang soleh hanya untuk perempuan solehah dan sebaliknya :-)
~suka ayat paragraph last tu -)
yes! true indeed. masing-masing tak sempurna :)