Popular Post

Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum...

Entry agak panjang, read at your own risk...


Kali ni aku nak kongsi pandangan aku mengenai tajuk yang besar iaitu lelaki vs wanita... Disebabkan terlalu banyak aspek dan penilaian serta pandangan yang aku nak ceritakan, maka aku dah divide kepada 3 entry ataupon 3 siri yang telah disetkan untuk auto publish...Korang tunggu je la bila2 dia publish nanti...hehe...

First skali ialah pasal lelaki...Aku nak cerita pasal lelaki dari pandangan seorang lelaki iaitu aku sendiri dan juga pada pandangan seorang wanita(mungkin)...

Sebagai seorang lelaki, kita ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk membimbing wanita, menjadi pemimpin, menjadi penjaga, pendakwah dan sebagainya... Lelaki yang mengikut ajaran Islam akan menjadi lelaki yang baik...tapi pada zaman sekarang ni, masih adakah lelaki macam ni?


Zaman sekarang ni ada bermacam-macam jenis lelaki...yang baik ada banyak jenis, yang jahat tu lagi la... Ramai wanita yang mengatakan lelaki ni bila cari pasangan, mesti nak yang cun, yang hot, yang cantik, yang seksi dan sebagainya la.. Ade jugak yang cakap lelaki ni cari pasangan semata2 untuk seronok dan nak puaskan nafsu... Memang tak dapat dinafikan ada lelaki yang macam tu, tapi bukan semua... BUKAN SEMUA ye...siap caps lock lagi tu...

Aku sebagai seorang lelaki juga tahu ada lelaki2 macam ni dalam kaum aku, memang tak dapat dinafikan... Mungkin golongan2 playboy atau yang gemar mempermainkan wanita ni ramai, tapi masih juga ada lelaki yang setia pada yang satu, cuma mungkin wanita2 ni belum jumpa lagi... Mungkin ramai antara lelaki yang mencari pasangan yang hot, seksi, cantik, cun, lawa dan sewaktu dengannya, tapi ada juga lelaki yang tak pandang rupa mahupon harta, cukup pada agama dan akhlaknya.... Kaum wanita mungkin berfikir, "Tak mungkin lah masih ade lagi lelaki yang baik macam tu, semua dah rosak".. Tapi percayalah, kalau mintak dengan Allah s.w.t untuk mendapat jodoh yang baik, insyaAllah akan dimakbulkan... Mungkin Allah hadirkan mereka2 yang tak baik ni untuk menguatkan diri kamu dan memberi pengajaran supaya kamu lebih bersedia dan berhati2 kelak...

Biasa aku dengar dari mulut wanita, " Alah, lelaki ni semua sama je, dah takde yang baik2..semua janji manis tapi tak tepati, semua nak cari awek yang seksi2 je, semua nak seronok2 je..mungkinkah dah takde lagi lelaki yang baik dalam dunia ni?". Bila aku dengar macam tu, kecewa aku.... Disebabkan lelaki2 yang tak baik ni dah memberi pandangan yang tak baik pada wanita2 ni...So, ape akan jadi pada lelaki2 yang baik bila wanita dah pandang lelaki ni as useless dan tak boleh harap? Kesian kat lelaki2 yang baik ( macam aku) ni... Bila nak mencari pasangan mesti kena hadapi dugaan yang hebat...Iye la, bila dah wanita tu susah nak percayakan lelaki, susah bagi lelaki2 yang baik ni nak buka hati wanita2 ni...Mungkin ada yang bila dah kawen pon masih si wanita tak percayakan si lelaki disebabkan lelaki yang pernah lukai dia dulu...


Aku tak suka bila orang cakap yang lelaki ni semua sama je...Sebenarnya tak...pernah dengar tak peribahasa "Rambut sama hitam, hati lain2".. Aku pernah tulis dulu pasal ni kat blog lama..malas pulak aku nak cari keluarkan balik..hehe...Korang tengok adik beradik lelaki, sama mak sama ayah sama tempat tinggal sama makan sama cara membesar..tapi still personaliti mereka akan berbeza..kalau tak beza banyak, mesti akan beza sikit...So, macam mana lelaki yang tak sama mak tak sama ayah tak sama tempat tinggal tak sama makan tak sama cara membesar boleh ada personaliti atau sifat yang sama? Even dalam sebuah ladang buah, ada buah yang baik dan buah yang busuk...Takkan sebab kita jumpa buah yang busuk ni, yang baik2 pon kita nak tolak? Rugi kan?

Aku bukan nak tuding jari pada siapa2...cuma fikir lah dulu sebelum buat...Aku pon bukan sempurna nak nasihat2 orang ni..cuma memberi pendapat aku je...Kalau korang terima, terima la..kalau x, x la...

Wahai wanita2...masih ada lagi lelaki2 yang baik diluar sana..mungkin tak perfect tapi akan ada yang perfect bagi kamu...Mungkin kesan daripada lelaki sebelum ni membuatkan kamu berjaga2 dan berhati2 memilih pasangan, tapi janganlah sampai menolak seseorang yang ikhlas dan sudi menerima kamu tanpa mengharapkan apa2, cuma kasih sayang dari kamu...


Panjang tak? Belum habis lagi ni..part 2 menyusul kemudian, pasal wanita pulak...


6 Responses so far.

  1. nurul says:

    lelaki yang baik untuk perempuan yang baik :-)

  2. thanxx utk nasehat yg sgt berguna. sy pun kdg2 serik tp selalu pujuk hati suatu hr pasti ada lelaki yg baik hadir. ALLAH kan maha adil. semua org da ada jodoh yg da tertulis..cuma masa jer yg tentukan cepat lambatnya dtg. Thanxx yah =)

  3. semua wanta memg harapkan lelaki sebegitu hadir..tapi bila dh byk kali terluka, memg susah nak menerima lelaki lain..tak nak perkara tu terjadi lagi.serik sgt2 pun ada..

  4. membela nasib lelaki ni :D

  5. K says:

    yeah!!

    p/s : pompuan demand, tapi tak sedar diri jugak kadang-kadang

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -