Popular Post

Tuesday, September 27, 2011

Assalamualaikum..


Kali ni nak cerita la sikit pasal event yang baru berlangsung minggu lepas iaitu event KamiFifth..Ape bende KamiFifth ni? KamiFifth ni ialah Karnival Integrasi Kolej KeLima (or something like that) yang mana bertujuan untuk merapatkan hubunga antara pelajar senior dan junior Kolej Kelima (K5)...So banyak la event yang disediakan sepanjang minggu ni seperti pertandingan nasyid, 5th Got Talent, gerai jualan , bola jaring, futsal, sukan rakyat, Pertandingan Multimedia(PETI) dan lain2 lagi..

Mula2 kami dibahagikan mengikut kampung...Ade 4 blok di K5, 1 blok lelaki(Baung) dan 3 blok perempuan (Jelawat, Kelah, Kalui)...So kami dibahagikan macam ni, Jelawat aras 0, Kelah aras 1, Baung aras 2 dan Kalui aras 3 menjadi 1 kampung..kampung2 lain pon dibahagikan macam tu, mengikut aras2 yang berbeza..Kampung kami dinamakan kampung HardRock Village...Kampung2 lain pulak macam Kampung Teratak Toto, Kampung Ok Jer dan last skali Kampung Kelas Kau Jah.. So kami compete antara kampung untuk mendapat title kampung terbaik dalam event KamiFifth ni...

All and all memang sangat best dan happening sepanjang minggu ni...Lagi best bile kampung aku mendapat juara keseluruhan! Kami memang tempat pertama dalam PETI, sukan, nasyid wanita. Pastu dapat no 2 dalam 5th Got Talent.. masa bende ni berlangsung, aku join PETI sebagai pelakon, 5th Got Talent plak kami buat sketsa dan aku jugak berlakon, sukan pon ade main sikit..tak dapat join banyak sebab clash dengan kelas..memang agak terkilan la...

Then masa event ni berlangsung, aku dapat pengalaman baru iaitu aku jadi pengacara majlis masa PETI... memang pengalaman pertama dan alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..Lepas je event tu, terus kena jemput masuk ke Kelab MC..haha..aku sahut cabaran tu dan aku join kelab tu...just untuk pengalaman dan mungkin akan ade bende2 lain jugak yang aku akan dapat...mane la tau kan...

So, hari terakhir majlis tu, kami adakan jamuan raya...malam tu kami gotong royong same2 untuk prepare masakan untuk majlis tu...semua dihandle oleh student dan felo K5...diorang semua memang best dan sporting dan happening..memang sangat seronok sepanjang minggu ni...Bagi pihak aku, aku rasa tujuan event ni dijalankan dah tercapai iaitu merapatkan silaturrahim..memang rasa lebih rapat dengan kolej dan warga K5..

Ni ade sikit gambar sepanjang event tu berlangsung...




Pertandingan nasyid


Perbincangan untuk 5th Got Talent

Gerai jualan



Pertandingan memasak

MC PETI






Gotong royong



Majlis jamuan Raya D Fifth

Hamper pemenang johan keseluruhan


Lepas ni ade event ape pulak ye??

2 Responses so far.

  1. sy pun lama dh tak update blog..waaaa

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -