Popular Post

Sunday, July 3, 2011

Assalamualaikum...sebelum baca ni mintak tolong baca and promote entry yang INI ye...thanks...

So, kali ni aku nak cerita sikit la ape yang good to know tu...First skali bagi aku, its good to know yang walaupon aku ni bukan la sape2 dalam dunia ni, tapi masih ade yang care kat aku...yang ni aku nak tujukan khas untuk kawan2 blogger aku kat sini...nak tahu siapa? Boleh baca kat SINI...Korang tak perlu kisah sangat la..aku okay je...Biasa la aku ni kadang2 bad mood tanpa sebab...kalau biasa aku bad mood memang aku akan duduk kat ceruk mana2 sampai aku okay...tapi sebab ada blog dan rajin pulak nak menulis, aku tulis la...hehe..menjadi tak puisi aku tu? Tu orang panggil puisi ke? Aku main hentam je..haha..


Anyway, next thing yang good to know is... Dalam keadaan dunia yang sekarang ni alpa dengan hiburan, masih ada lagi yang baik... Tak payah tengok jauh2 la..kat msia tercinta ni je.. Kat tv tu berlambak-lambak rancangan hiburan terutama nyanyian, betul tak? Daripada nyanyian untuk budak tak baligh lagi sampai la ke nyanyian untuk tua bangka nak mampus tak sedar diri....Aku tak tengok tv so aku tak tengok la rancangan2 ni...cuma kadang2 terdengar bila orang dalam rumah ni tengok...takde lah tersenggama minda aku..haha...


Aku tengok sendiri dengan mata aku...kan masa parents datang tanda buku rekod anak2 diorang kat sekolah semalam, budak2 yang parents tak datang tu diorang buat la kerja sendiri...Parents datang dalam kelas jumpa cikgu and ada cikgu kedua yang tolong handle budak2...so bila ada masa kosong, parents yang awal2 tu dah balik, aku tengok la budak2 ni diorang buat apa....Diorang mengaji Al-Quran... Dalam hati aku rasa tenang je bila tengok budak2 kecik ni lancar je baca Al-Quran...alamak, sebak pulak masa menulis ni.... Pastu ade budak yang nak suruh aku tengok dia baca..Aku pon panggil la ke meja guru kan, baca sebelah aku... Yang aku tak tahan ade pulak budak tanye aku reti baca Al-Quran ke tak...sedih aku dengar..huhu... Tapi bila budak2 tu baca dengan aku, rasa seronok sangat... Masih terpelihara mereka2 ni...dan harap2 akan terus terpelihara bila dah besar nanti...


So, its good to know even dalam dunia yang manusia sering alpa dengan hiburan, masih ada lagi parents yang menitik beratkan pengajian agama untuk anak2 mereka...


Melentur buluh biarlah dari rebungnya...bak kata pepatah melayu..kan? Suka aku tengok diorang mengaji macam tu.... Nak jadi ustaz, aku pon belajar tak cukup lagi bab agama ni walaupon sekolah agama...hehe...ye la...luas kan bidang agama ni...


Harap2 mereka2 dan parents mereka diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t...insyaAllah...

p/s: sebak kot mase menulis entry ni...
p/s: entry tak bergambar, tak tahu nak letak gambar pe....hehe..baca je la...pendek je kan?

7 Responses so far.

  1. Freaky says:

    isk aku baca ni pun sedih gak. semoga mereka sentiasa dilindungi Allah

  2. inilah generasi yg kita perlukan.. generasi pemangkin al-Quran dan as-Sunnah.. semoga iman mrk semakin bertambah.. ^_^

  3. aku yang bace ni pon rase sebak.

    rase bersyukur dengan golongan yang macam ni.

    kita yang akan mencorakkan masa depan, jadi peliharakan diri sendiri dan generasi muda :)

  4. GaRy™ says:

    alhamdulillah ko dah jumpa budak camtuh... aq x nampak seekor pun lagi budak camtuh kat kampung aq.. semua hancus2 belaka~..

  5. Tia sama macam gary . tak ada lagi pun . semua duk terkinja-kinja main dekat bawah . adesss ..

  6. alhamdulillah...sejuk hati tengok budak2 mcm tu...

    teringat masa kecik, berebut-rebut nak ngaji Al-Quran, siapa cepat hbs...sekarang ni jrg sgt ngaji...

    hurm...=="

  7. kiwi says:

    kei ni cikgu ke? seronoknya dapat dengar orang mengaji. budak2 pulak tu. kiwi, jangan harap la. cina saja. yang islam pualk, berapa kerat je yang benar2 mengamalkan ajaran agama. tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang. moga iman kita dipelihara hingga saat kematian nanti. amin.

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -