Popular Post

Wednesday, June 15, 2011

Hari ni update pasal cinta je, kenapa agaknye la kan? Haha..mane la aku taw, dah idea nak datang, nak buat macam mana..kalau tangguh2 nanti hilang pulak idea...Anyway, baca la kalau rasa macam best..kalau tak best tak payah baca..hehe..


-------------------------------------------------------

Alangkah indahnya cinta jika:
  • Si teruna dan dara bertemu buat pertama kali di tempat yang baik, tapi saling malu untuk bertegur
  • Bila tiba saat mereka bersua, masing-masing berasa malu
  • Jatuh cinta bukan kerana rupa, tapi kerana ada nur di muka
  • Tak perlu nak pakai lawa-lawa bila berjumpa, kerana jatuh cinta bukan kerana rupa tapi kerana hati
  • Si teruna meminta izin pada keluarga setiap kali ingin membawa si dara keluar
  • Duduk berdua di kawasan awam, tanpa mengeluarkan sepatah kata sudah rasa bahagia. 
  • Bila tiba saat berpisah, tidak terasa berat dan diiringi dengan senyuman.
  • Bila kelihatan si dara bercakap dengan lelaki lain, si teruna tidak risau kerana tahu dalam hati si dara hanya ada si teruna
  • Pabila terlihat si teruna bercakap dengan wanita lain, hatinya tidak gentar kerana tahu hati si teruna milik si dara
  • Saling menerima kelemahan masing-masing dan saling melengkapi
  • Pandai mengawal nafsu tatkala bersama, tidak mudah jatuh pada godaan syaitan kerana cinta mereka kerana Allah.
  • Si dara tidak perlu berubah kerana si teruna dan si teruna juga tidak perlu berubah kerana si dara (be yourself) Saling menerima.
  • Tatkala pernikahan terjalin, kebahagian hakiki terasa
  • Walaupun sudah tua dan tiada rupa lagi, cinta mereka tidak pernah pudar




Tapi, adakah indahnya cinta jika...
  • Saat pertemuan di tempat-tempat hiburan dan melalaikan
  • Saat bertemu, masing-masing cuba menarik perhatian masing-masing dengan cara yang tidak baik
  • Teruna jatuh cinta pada dara kerana keseksian dan kecantikan, si dara jatuh cinta kerana kekayaan dan ketampanan si teruna
  • Setiap kali berjumpa, harus dipilih pakaian paling menjolok mata bagi memberi kepuasan pada si teruna agar dia tidak mencari wanita lain.
  • Senyap-senyap si teruna membawa keluar si dara tanpa pengetahuan keluarga
  • Duduk berdua di kawasan awam tapi masih melakukan maksiat. Jika di kawasan terpencil apakan lagi
  • Sukar rasa hendak berpisah walaupon sekejap kerana nafsu masih tidak puas
  • Bila kelihatan si dara bercakap dengan lelaki lain, segera si teruna pergi pada lelaki itu lalu dipukulnya dia. Semua lelaki yang bercakap dengan si dara ialah musuh baginya.
  • Pabila terlihat si teruna dengan wanita lain, hati rasa tak senang dan pergaduhan bermula. Menuduh si teruna curang, tidak setia, inginkan wanita lain selain dari dia
  • Cuba mengubah diri pasangan masing-masing. Si dara dari bertudung ditanggalkan. Dari memakai pakaian labuh disingkatkan. Dari memakai pakaian longar diketatkan.
  • Tatkala bertemu, nafsu didahulukan, keseronokan dunia diutamakan
  • Tatkala pernikahan terjalin, terasa beban yang berat harus dipikul
  • Bila si dara tidak secantik dulu, si teruna segera mencari yang lain. Bila si teruna tidak segagah dulu, si dara terus mencari yang lain. Tidak ada cinta dihati tapi hanya nafsu yang harus dipenuhi.
-------------------------------------------------------

Masih adakah cinta suci seperti itu didunia ini? Ya, jika kita berusaha mendapatkannya...Janganlah bercinta hanya kerana rupa, harta, dan nafsu semata.

Jiwang pulak aku harini...hahaha..

Walaupon aku dah lama tak bercinta, tapi aku berharap cinta aku yang akan datang, dapat aku jadikan seperti yang aku tulis tu.. Kesilapan lama aku taknak ulangi dan aku berharap agar ianya kekal hingga ke akhir hayat...

7 Responses so far.

  1. K says:

    semoga kita berjaya, hehe

    eh eh, kita?

    hahaha :P

  2. wahh menarik.. masih ada lagi cinta suci tu. kena pandai cari :)

  3. Unknown says:

    Tia tak terkata . sesungguhnya , cinta seperti itulah yang akan membawa ke syurga . sama2 bahagia . tiada rasa cemburu tatkala dua2nya tahu mereka saling mencinta :)

  4. alangkah bhgianya law dpt cinta cm tue...

  5. dah susah nak cari cinta macam tu sekarang ni :(

  6. cinta sejati memg payah nak cari..nice entry^^

  7. nurul says:

    yang first tu sangat menarik..-)

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -