- Back to Home »
- Rambling , thoughts , wondering »
- Cinta Dunia Siber...boleh berlaku ke?
Korang biasa tak dengar pasal cinta di alam maya atau dunia siber ni? Senang cakap cinta online la...Ade member aku yang tak setuju dengan aku dan dia cakap, at least kalau nak fall in love with someone, kena jumpa dulu sekali... I mean, penting ke jumpa depan-depan tu?
Orang biasa cakap yang cinta itu buta dan membutakan, betul tak? Tapi buta dari segi mana? Biasa kalau kat dunia nyata, orang akan jatuh cinta dengan rupa paras dulu sebelum dia kenal hati budi, kan? Tapi, kalau dah jatuh cinta hanya kerana rupa paras, cinta pada rupa paras tu akan membutakan orang tu dan dia mungkin tak nampak perangai dan sifat sebenar orang yang dicintai itu.. Mungkin orang yang dia cinta tu sebenarnya berperangai buruk, ingkar suruhan Allah s.w.t, selalu berbohong, curang, dan sebagainya tapi disebabkan kita jatuh cinta pada rupa paras dia, kita tolak tepi semua tu sebab kita dah dibutakan..
Berbeza pulak kalau cinta di alam maya...Mungkin ada yang ada letak gambar or video dia untuk korang tengok, tapi tu hanya gambaran, bukan dia yang sebenarnya.. Blogger yang aku kenal macam Tia dengan Sergeant Keroro, diorang tak letak pon gambar diorang kat blog tapi orang boleh tertarik dengan penulisan mereka, personaliti mereka dalam dunia blog dan tak mustahil orang boleh jatuh cinta pada mereka, betul tak? Aku personally memang suka diorang dan blogger2 lain yang rapat ngan aku kat dunia blog ni, even kalau jumpa kat luar pon aku tak kesah macam mana rupa diorang, even kalau Sergeant Keroro tu memang betul rupa alien..haha..Sebab apa yang menarik minat aku pada diorang bukanlah pada rupa mereka tapi pada hati budi dan personaliti mereka..
Yeaa, memang betul sekarang ni banyak kes orang kena tipu sebab bercinta kat Internet kan? Tapi yang dia tak tahu ada jugak pasangan yang berjumpa dalam chat room, or blog or mana2 saja kat dunia siber ni, then berjumpa kat dunia nyata dan berkahwin malahan lebih bahagia daripada pasangan2 yang berjumpa di dunia nyata...Bukan sorang dua tapi ramai ye... So aku nak tanya korang, mustahil tak cinta itu boleh berputik di dunia siber?
Aku rasa ada kelebihan kita kenal orang kat dunia siber ni tapi kena berhati-hati lah... Misal kata kalau nak ngorat awek kat dunia nyata, kena la pakai smart2, bau kena wangi2, rambut nak kena kemas, cakap kena ade gaya gentleman dan sebagainye, betul tak? Tapi dalam dunia maya, semua tu tak penting... Yang penting kita dapat sampaikan perasaan kita pada orang tu... Kalau dia rasa selesa dengan kita, rasa seronok bila chatting ngan kita, rasa rindu walaupon tak pernah bersemuka depan2, boleh kita cari dia kalau ade masalah atau perkara nak diluahkan, bukankah itu sudah cukup untuk kita attach dengan orang tu emotionaly?
So? Macam mana pendapat korang? Korang rasa boleh berlaku ke cinta dunia siber ni? Sape bangkang aku jentik hidung dia...hahahahaha..
Tia nak bangkang , mai jentik jentik hidung Tia mai . hehe . macam yang Kei dah kata kat dalam entri tu . orang biasa cakap yang cinta itu buta dan memang boleh membutakan ..
yang banyak buta dan membutakan ni bila cinta berdasarkan hawa nafsu dan rupa paras semata ! tak ke mana semua tu .
tapi Tia tak kata setuju dengan cinta dunia siber bulat2 . tengok tempat . kalau yang chating2 cuma sejam dua jam dah boleh jatuh cinta , mana bolehhhh .
tapi kalau dengan blogger mungkin boleh dipertimbangkan. bukan apa, macam yang Kei kata melalui penulisan pun kita boleh tau macamana seseorang tu . lebih2 lagi yang duk suka buat entri personal . haaa .
walau panjang mana Tia taip , satu je . Allah dah tetapkan jodoh kita dengan siapa . jauh mana pun pasangan yang Allah dah tetapka tu , takkan ke mana perginya . jumpa balik jugak . oh so sweet !
wah! setuju ngan tia..betul3..;)
Jodoh ni, Allah yang tentukan.. So, kat alam siber ke alam nyata ke...jodoh tetap ada...Tapi mungkin cara untuk titik pertemuan jodoh tu mungkin berlainan...
Moga2 kita semua dapat jodoh yang terbaik untuk kita..:)
oit aku jatuh cinta kat awek aku dalam fb dow. haha lepas tu baru la jumpe.. :D
haha..terbaik la bro!
huhu..sokong Eza..
kat mane2 pon boleh jumpa,kalau dah jodoh..doalah jumpa jodoh yang baik ;-)
hahaha, setuju!!
cinta siber pon boleh, yang penting dalaman.
rupa? kekayaan? yang tu bonus jela if syarat yang pertama cukup.
iaitu
pilihlah dari yang beragama :)
haha, thanks tag aku bro XD
aku pon bukan hebat sangat :P
bab bercinta ni fail jugak, terfaktab gak kadang2 :D
pernah cinta siber...tapi tak menjadi...agak payah nak percaya cinta siber zaman sekarang ni...
yeayh . stuju gak ngan kei . jgn lihat prs rupe ! tak kesah la jumpe kat mane as long as korang pndai jage diri , tara hal beb . :P