Popular Post

Monday, June 6, 2011

Oraite, tadi aku ade la lawat blog member sorang ni...Dia cerita pasal target dia nak jadi seorang blogger berjaya..korang boleh la tengok entry die kat SINI.. So aku pon dapat la idea sikit nak tulis entry pasal blogger berjaya dan blogger popular...Ni kira ciplak idea ke ey? Sebab die tulis benda lain...kalau dah masuk kategori ciplak idea mintak maaf la ye....lepas ni tak buat lagi dah..hehe...


Anyway, nak cerita pasal blogger popular or blogger berjaya ni siapa la aku kan...aku bukan sape2..baru blogging belum setahun jagung pon dah pandai macam2 nak tulis pasal blogger...ade yang kena hentam sat gi ni kang..haha...Aku bukan lah berlagak pandai, tapi ni cuma pandangan aku je..



Okay, blogger popular macam sape2 la yang korang kenal, u guys can named them right? Aku nak tulis satu2 pon kang ade yang aku rase popular padahal tak la popular mane...So, blogger popular dikenali ramai, dari kanak2 ribena sehingga la ke orang tua ribena semua kenal die, or at least ramai yang kenal die..blog die slalu orang datang dan ramai yang look up to them dan jadikan mereka2 ni blogger idola bagi blogger2 lain..


Popular macam mereka?


Blogger berjaya pulak ialah dia berjaya dalam bidang blogging ni, tak kira samada dia popular atau pon tak...kalau anda berjaya membuat blog dan membuat entry pon anda dah jadi blogger berjaya, tapi berjaya setakat mane? Haa...yang tu yang membezakan ke-berjaya-an korang...



So, blogger popular obviously berjaya tapi adakah blogger bejaya itu popular? Mungkin ya, mungkin tidak...Sebab apa? Blogger berjaya ni, they are good at what they are doing which is blogging...Boleh kata semua skill berkaitan blogging die ade...berbeza dengan blogger popular yang mungkin popular dengan rupa dia yang cute, cantik, macho, cool dan sebagainye..then mungkin popular dengan isu2 panas yang dia buat, mungkin jugak die popular sebab die sememangnya orang yang popular sebelum menjadi blogger dan sebagainye.Mungkin jugak ade yang popular murahan macam kes baru2 ni...hehe...


Jadi, blogger popular die mungkin berjaya dengan kepopularan die, dan blogger berjaya, walaupon tak popular, tapi berjaya dengan ke-berjaya-an die..

Jap, korang paham ke ape aku melalut ni? hahaha...


Ade la blogger "popular" tu yang aku menyampah giler..da la suke tayang gambar banyak2..chomel sangat la agaknye tu..buat muke ala2 doll face la, mate nak bulat la bagai...buat vlog macam #retis pulak...pergh...malas aku nak cite pasal die...

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    haha ! oke Tia dah tau #retis mana tu . hehee .. oit . waa , nasib baik Tia ada tengok belog hang yang satu lagi tu .. ooo , dia pun tukang buat header rupanya . weyt ! Tia dah segan ni . mana boleh lawan yang pro .. tak mau lahh . Tia buat ringkas gile . tak main dah corak kerawang bagai . hehee .. eee , Tia dah segan ni .. hohooo !

  2. nurul says:

    <<want to be a succesful blogger =p

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -