- Back to Home »
- humor , Rambling , random »
- Entry lawak: Kisah handset aku...
Jam menujukkan tepat pukul 2 pagi... Biasa memang aku dah tidur pada waktu macam ni, cuma malam ni lambat sikit... Lepas habis kemas semua kerja aku, aku pon siap la nak tidur... Tiba-tiba handset aku berbunyi mesej masuk.. Ada mesej dari sorang kawan aku, Azie. Dalam mesejnya mengatakan macam dia dalam kesusahan dan keresahan... Aku pon sebagai seorang kawan yang prihatin, bertanya kepada dia jika dia ada masalah. Mesejnya berbunyi, "Aku minta maaf kalau masa aku hidup dulu aku ada menyusahkan kau."," Aku banyak buat salah dengan kau masa aku hidup dulu", "Kalaulah aku masih hidup, aku akan buat apa saja untuk tebus kesalahan aku kat kau"...
Aku dah jadi seram sejuk bila baca mesej dia.. Terus aku call dan tanya dia kenapa.. Dia menangis teresak-esak bila aku call dia.. Aku pon cuba menenangkan perasaan dia dan akhirnya dia senyap.. Aku tegur tapi dia tak berkata sepatah pon.. Mungkin dia telah tertidur kerana banyak menangis barangkali.... Aku fikir esok akan jumpa dia di kelas dan tanya dia mengenai perkara ni...
Esoknya aku jumpa Azie di kelas dan dia kelihatan gembira dan ceria seperti biasa.. Aku tanya dia pasal mesej malam tadi dan dia kata dia tak mesej pon aku.. Dia kata dia dengan kawan2 serumah dia keluar berjalan-jalan malam tadi... Aku dah pelik dan agak seram sejuk dibuatnya... Aku menceritakan mengenai perkara ni pada dia dan dia kata mungkin ada orang yang cuba nak mengenakan aku.. Lepas tu aku cakap pasal yang aku call dia dan memang serupa suara dan gaya percakapan, cuma agak serak suaranya... Tiba-tiba naik bulu roma aku...Aku cakap dengan dia, malam ni aku tidur rumah dia dan dia pon setuju.. Kami rancang untuk mengenakan orang malam tadi tu...
Tepat jam 2 malam, datang lagi mesej daripada Azie.. Padahal pada masa tu aku, Azie dan beberapa orang yang lain sedang dalam bilik yang sama...Setelah beberapa mesej yang sama seperti semalam, kami bercadang untuk call nombor tu.... Suara seorang gadis yang serupa dengan Azie kedengaran menangis teresak-esak..Kadang kala dia senyap sebentar dan kami mula rasa takut..seperti ada kehadiran yang lain disekitar kami... Kemudian, suara itu senyap dan kami juga turut senyap... Tiba-tiba terdengar suara orang mengilai dari dalam handset itu.. Kami terus menjerit ketakutan. Aku memberanikan diri untuk disconnect panggilan tu namun kaki aku terkaku.. Masing2 kami tutup telinga dan ketakutan...
Suara itu berhenti mengilai dan kami memberanikan diri untuk terus off handset tu..Langkah kami terhenti tatkala melihat sesuatu berdekatan dengan handset tu.. Terus kami lari ke bilik lain dan berselubung dibawah selimut sambil membaca apa-apa ayat yang terlintas difikiran... Sedar-sedar kami dikejutkan dengan azan subuh dari masjid berdekatan...
Kami memberanikan diri untuk keluar dari bilik dan mengambil handset tu... Handset tersebut sudah tiada di dalam bilik tu... Kami agak lega walaupon handset itu kepunyaan aku.. Terus aku balik ke rumah dan bersiap-siap hendak ke kelas..Kami berjanji sesama sendiri untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara tersebut..
Malam itu, aku siap-siap hendak tidur... Tiba-tiba kedengaran handset berbunyi disebelah katil aku dan terasa seperti ada seseorang bersama denganku....
Check handset korang.....
Ada pape tak...
ish...seriau dibuatnya...ingatkan lawak, tapi seram...
hahaha, sengal. lol
btol ke ni...terfikir sejenak...uhuk
oit2 ! apa motif ni haaa . huhuuu ..
???
sukan sukan :}
aaaaaaa~ menakutkan.. knp letak cite ni..?? waaaaaa~ T_T
halusinasi: hehe..=P
sergeant: haha..
ashfanie: fikir2..hehe
tia: motif die saje nak buat lawak.. =P kelakar x?haha..
dreamygirl: ????
izyan: haha..sukan da abeh.. =P
nusana: cite lawak la ni..nape takut plak?hehe.. =P