Popular Post

Thursday, June 16, 2011

Selamat pagi korang sume... Da sarapan belom? Belom lagi? Alalalala ciannye die...napew awak ta sawapan agi? Caket pewot ey? Hahahahaha...gedik tak? Susah je nak tulis macam tu..macam mane la budak2 ni boleh tulis tulisan pelik2 tu..aku nak tulis pon payah...


Anyway, korang pernah bercinta tak? Pergh..entry cinta lagi mamat ni.. ape kejadah plak? Mane la aku tau, dah memang idea datang pasal cinta, tulis je la..haha... Korang pernah bercinta dan putus cinta tak? Mesti kalau dah lepas putus cinta tu, susah kita nak lupakan pasangan kita tu, betul tak? Lain lah kes kalau korang yang putuskan so mungkin tak rasa pape..hehe...

So, kali ni aku nak share sikit la macam mana aku handle masa aku baru2 putus cinta dulu2..cewaah...aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku la ye.. Kalau korang ada cara lain mungkin boleh share sama..



Perkara pertama yang aku buat ialah terima yang si dia bukan lagi milik aku dan dia dah jadi milik orang lain. Sesetengah orang dia tak dapat terima bila kekasih hati dia tu tinggalkan dia untuk orang lain. So, step pertama ialah terima kenyataan..Step ni biasa yang paling susah dan kadang-kadang banyak orang gagal. Sebba tu la banyak dengar kisah orang bunuh diri sebab kena tinggal kekasih sume tu kan..sume tu sebab tak dapat terima la..Kalau bukan sebab kawan baik aku yang sentiasa ada untuk aku, mungkin aku tak boleh lepas stage ni, ataupon boleh lepas tapi ambil masa yang lama.


Then, sedar kesilapan yang telah aku lakukan. Masa aku bercinta dulu memang aku banyak buat silap, bukan pada si dia saja tapi jugak pada orang sekeliling dan jugak diri sendiri.. Bukan aku cakap yang aku silap bercinta dengan dia, tapi aku buat banyak kesilapan. Alpa dan leka dengan cinta, kawan-kawan aku tinggal, larangan aku buat, suruhan banyak aku tinggal.. Honest aku cite k, bukan nak buka aib sendiri tapi sebagai pengajaran pada aku dan pada korang yang sudi amek pengajaran. Bila dah sedar tu, kembali lah pada Allah..


Lepas tu, cuba sibukkan diri. Banyak cara yang boleh buat korang sibuk, tapi bukan menyibuk kat orang lain ye..Nanti tak pasal-pasal kena maki sebab menyibuk..haha..Cara aku sibukkan diri ialah dengan connect balik dengan kawan-kawan aku walaupon amek masa jugak.. Then aku main basketball..dulu masa couple pon aku main basketball jugak dan sampai la sekarang ni, aku boleh kata basketball ni la yang membuatkan aku terus hidup..makin sehat dan makin kurus la sikit pon ade..haha.. Aku dulu gemok weyh..la ni boleh la..tapi still gemok..Then aku utamakan kawan2 aku daripada diri aku sendiri, meaning aku alihkan fokus daripada diri aku kepada mereka...So aku tak fikir sangat la pasal diri aku kan..




Usah dikejar cinta baru. Biar hati ini pulih dan gembira tanpa cinta dahulu kerana jika kita terus cari pengganti lepas berpisah dengan yang lama, mungkin kita hanya nak puaskan hati sendiri dan tak adil untuk pasangan kita tu. Sebab tu aku still single sampai sekarang sebab aku tak terburu-buru nak cari pengganti...*padahal kena reject banyak kali..haha*... Aku jadi agak flirty lepas berpisah tu sebab aku nak cepat2 cari pengganti, jadi aku macam tak kesah pon siapa2 yang aku nak try tackle tu.. Tapi nasib baik la kena reject banyak kali lantas membuatkan aku sedar yang semua ini hanya sia2..So aku just rilex and enjoy hidup single tapi masih membuka hati untuk menerima cinta pabila ia datang suatu hari nanti..Quote yang aku selalu ingat ialah:

"Cinta itu ibarat rama-rama, makin dikejar main dia terbang pergi. Jika kita duduk diam dan nikmati keindahan alam, maka rama-rama itu lama kelamaan akan datang hinggap pada kita dan pabila saat itu tiba, kemanisan cinta akan terasa"

Quote ni aku ubah dari yang asal ikut sedap hati aku..haha..


So, korang jangan la fikir yang dunia ni dah tamat bila korang ditinggal kekasih. Yang penting:

"Keep on living and good things are bound to happen" -quote dari anime One Piece-



9 Responses so far.

  1. misz fae says:

    alamak! kei da kua entry gwang..hehe;P

    Allah nak bagi orang yg lebih baik dari dr sebelumnya..remember that!

  2. kei..cuba baca cerita ni..best dan menarik..:-)
    http://mohdshahrulnaim.blogspot.com/2011/06/mencintai-tak-semestinya-memiliki.html

  3. wow!!

    aku setuju dengan ko.

    aku pon banyak kali putus cinta, relax jela.

    live your life to the fullest, and when the right time come, grab it and it will feel good.

    haha, quote sendiri gak :P

  4. fana says:

    entry yg menarik..

    terime kenyataan

    Redha dia bukan tercipta utk kite..

  5. tudiaaaaaaaa... bila kei seichi cakap sal cinta..hehehhe... tapi betul lah, jangan terburu2 kan, cinta akan datang bila sudah tiba masanya... :)

  6. banyak hikmahnya bila kita putus CINTA .. sebab utk cinta seterusnya , kita akan lebih menghargai dan lebih bijak utk berfikir :)

  7. pergh . entry bunga - bunga from kei seichi . haha . beselah tu bro . lek sudah . *mcm aku lek je clash* . :P

  8. Freaky says:

    yeah satu lagi doktor cinta dalam group kita ni. hehe apa2 pun memang betol ape ko cakap tu.. yang penting kene tabah :D

  9. GaRy™ says:

    sadness is juz like a rain...cold... wet.. but at the end of it, u might see a rainbow...

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -