Popular Post

Monday, June 20, 2011

Layanan istimewa...Ape yang korang fikir bila korang dengar perkataan2 tu? Layanan istimewa atau dalam bahasa orang putihnya "special treatment" tu maksud dia lebih kurang macam memberi layanan yang lebih dari biasa samada lebih baik, lebih banyak, lebih perhatian dan sebagainya... So kali ni nak share la special treatment oleh parents pada anak2 diorang...


Biasa dengar tak yang parents korang cakap yang parents korang sayang anak2 sama rata? Korang percaya tak? Mungkin ada parents yang macam tu, mungkin tak... Aku pernah dengar ceramah dari sorang ustaz ni yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w,pada masa baginda dengan isteri2 baginda, baginda memberi nafkah dan layanan yang sama rata tapi bila tiba soal hati, baginda lebih cinta dan kasih pada isteri baginda iaitu Siti Aisyah.. Betulkan aku kalau aku silap ye... Ni bermakna, bila tiba soal hati dan cinta dan sayang, susah nak bagi sayang yang sama rata, betul tak?


So, korang pernah rasa tak yang korang tak dilayan dengan adil oleh parents? Biasa yang bongsu dilebihkan dan yang sulong kena mengalah..kan? Bukan lah aku nak kata yang kalau sorang anak dapat motor, sume kena dapat motor..Lain la kalau parents memang kaya giler tak tahu nak buat apa dengan duit..haha...Maksud aku, bila sorang anak ni diberi something, at least dekat anak2 yang lain tu tanye la kalau2 diorang nak pape ke kan...

Dalam situasi aku la kan, aku memang biasa mengalah sampai aku dah tak tahu macam mana nak menangkan diri aku... Sampai aku tak kesah kalau aku tak dapat pape.. Adik aku memang lebih dimanjakan walaupon in terms of education, aku jauh lebih baik dari dia... Bukan nak riak tapi betul...Dulu masa aku kecik2, biasa kalau aku nak pape memang susah nak dapat.. tapi kalau adik aku mintak aje confirm la dapat, tak perlu bersusah payah...

So..korang pulak macam mana? Pernah mengalami situasi ni tak? Anak tunggal mungkin tak pernah kot rasa..hehe...Anyway, cukup la kot sampai sini, tulis panjang2 nanti takde orang nak baca..hehe...Nanti aku update lagi..

5 Responses so far.

  1. Freaky says:

    aku sbg anak sulung biasanya dapat lebih berbanding adik2... hehe :D

  2. hahaha, same lah kita. thumbs up!!

    pssst, bukan siti aisyah.

    siti khadijah kot. isteri pertama :)

  3. selalu je kene camni...hahahah~ kadang sampai gaduh pun adeee... adoiii...

  4. tu lahhh Kei . semenjak Tia dah mulai membesar ni lah perkara yang Tia sangka cuma jadi dalam drama boleh jadi dalam hidup Tia sendiri .

    ramai yang kata , ibubapa tak pandai nak tunjukkan kasih sayang dekat anak . entahlah . Tia tak rasa macam tu pun Kei .

    sudah terang lagi bersuluh .. hmm , cuma yang melalui akan merasa ;)

  5. Alhamdulillah saya xpernah rasa macamtu..bila tanye emak pon,kasih sayang same..emak saya xpernah banding2kan anak2,esp dalam akademik..asalkan jadi anak yang berguna..setiap anak tu ada kelebihan dan kelemahannya..ibu bapa seharusnye menerima seadanya dan menyayangi sama rata.. -)

Kei Seichi's Blog. Powered by Blogger.

- Copyright © Kei Seichi's Blog - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -